Bermulanya Sebuah Episod Baru...

Mulai semalam, 9 Disember 2009 telah bermula sebuah episod baru di dalam hidup saya. Heheheh, bukan bertunang, apatah lagi berkahwin (belum sampai jodoh lagi). Tapi, mulai semalam saya telah bergelar pelajar Sarjana di UTM di dalam bidang Teknologi Pendidikan secara separuh masa. AlhamduliLah, impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi telah tercapai.
lk
lk
Semalam, dengan semangat yang berkobar2 saya telah mendaftarkan diri di UTM. AlhamdulilLah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Kad matrik pun dah dapat. Canggih ye sekarang ni. Dulu masa degree, lama gaklah nak dapat kad matrik tu. Tapi, ada beberapa perkara yang tak settle lagi. Yang pertama, surat kebenaran majikan. Rupanya daripada sekolah je. Sebenarnya, saya apply surat kebenaran daripada JPN, sebab kerani sekolah saya yang katakan begitu. Tapi, oklah bukan jadi masalah pun kan. Dah dapat pun surat tu siang tadi.
lk
Then yang kedua, yuran belum bayar, sebab saya nak apply pengeluaran KWSP melalui akaun 2, kena tunggu surat pengesahan pendaftaran. Maybe Isnin ni, baru boleh dapat. Mula2 tu masa saya sampai di Bursar Counter, saya terangkanlah yang saya nak apply pengeluaran KWSP. Then, pegawai kat kaunter tu kata, kena bayar yuran hari tu gak, then baru claim kat KWSP. Lah, mana saya ada duit banyak. Then, dia kata bayar dulu berapa yang ada. Aduhai, heheheh... Then, last baru dia cakap boleh tangguh bayar yuran dalam tempoh sebulan. AlhamdulilLah, dipermudahkan...
lk
Setakat ni, belum jumpa lagi yang satu department ngan saya. Adalah jumpa seorang ustaz yang saya kenal, tapi dia department lain. And ramai gak international student, dengar2 separuh daripada semua pelajar yang telah mendaftar.
lk
Pagi tadi ada briefing daripada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) tentang SPS tu sendiri, tentang pengajian dan lain2 hal yang berkaitan. Pastu ada briefing daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Esok petang lak, ada briefing daripada fakulti tentang subjek dan sebagainya.
lk
Maybe, next week the clas will begin. Harap2nya dikuatkan semangat untuk menempuhi 2 tahun yang perlukan pengorbanan ni. Moga2 istiqamah menghadapi hari2 yang perlu menghadirkan diri ke kelas, menyiapkan assignment dan menduduki peperiksaan. Yela, sebelum ni, balik sekolah rileks je... Makan tido je, heheheh... Sekarang dah kena pikir untuk attend class. Class saya maybe seminggu dalam 2/3 kali. Harap2nya semuanya akan dipermudahkan Allah, in sya Allah...
lk
Sebenarnya dah lama, saya menanam impian untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Saya rasakan banyak masa saya yang telah terbuang sebelum ni. So, saya rasa, sekaranglah masanya, tidak perlu tunggu2 lagi. Namun, semuanya ni ketentuan Allah kan. Dulu masa degree saya dapat scholarship daripada JPA. Then, JPA hanya akan bagi scholarship untuk student masters yang masa degree dapat schlorship daripada JPA sahaja, dengan syarat student tu menyambung pengajian dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian untuk degree. Masa tu, saya lepas setahun abis belaja, baru rasa cam nak sambung belajar. Awal2 abis belaja tu, ingat nak keja je. Rugi kan?
lk
Then dok survey sana-sini, tapi kebanyakan U ada di KL. Tak banyak yang ada program PJJ untuk masters. Yela, takkan nak buat part time, 2/ 3 hari kena datang ke KL. Adui, hehehe, bukannya dekat. PJJ pun mahal tau kosnya. Baru ni, UPM ada buka untuk course (saya tak ingat coursenya) untuk masters dan kelas diadakan antaranya di cawangan Batu Pahat. Dekat dah tu. Tapi, satu subjek jer, bayarannya lebih kurang RM400++. Then, saya dapat tawaran untuk buat MBA kat UKM. Masa saya survey dan apply tu, tak silap saya course tu PJJ. Then masa dapat offer, course tu offered for part and full time.
lk
Then, fikir2 yang paling dekat dengan saya UTM. Then, UTM banyak offer untuk course Pendidikan. So, saya apply and AlhamdulilLah dapat. Sebenarnya, saya nak buat course Bahasa Arab. Teringin nak buat di UIA. Tapi, takpelah, maybe rezeki saya di UTM ni. Saya tak kisah sangat course apa, yang penting sesuai dengan kehendak saya. Saya sambung pengajian ni pun sebab untuk kepuasan diri, walaupun ada yang berpandangan sinis, tapi kebanyakannya memberikan sokongan. Kalau saya ada Sarjana nanti, then dapat mana2 tawaran lain itu bukan matlamat utama saya. Lagipun sekarang ni dah berlambak cikgu yang ada masters. Kalau dah ditentukan sebegitu, terima jelah kan. Saya tak mahu dianggap menjadikan kerjaya perguruan ni sebagai transit semata-mata, kerana dah tak dapat kerja lain. Huhuhu...
Wish me all the best k...

7 ulasan

umi_e berkata...

Tahniah! Selamat belajar...

Tanpa Nama berkata...

tahniah cikgu...selamat menjd guru & student dlm ms yg sama...do the best

CikguAreefNaim berkata...

To umi_e,

tq...

To cikgu Ina,

tq selalu beri komen kat blog sy.sory saya tak penah lg beri komen kat blog awk,wlu sy tau awk perlukan sokongan n semangat.sy ni lbh suka jd silent reader.sbb tu blog sy ni tak meriah dgn follower n komen.buat blog ni pun just suka2 nak simpan segala memori... tq bebanyak yer...

Tanpa Nama berkata...

congrats..

Azaref berkata...

To Anon...

Tq...

Zaid Akhtar berkata...

selamat kembali belajar, cikgu

Azaref berkata...

To Ust. Zaid...

Tq, ust. pun dah laluinya kan...

Dikuasakan oleh Blogger.