Pendidikan Menengah : Candidate SPM 1999

Antara rahsia kejayaan murid-murid sekolah agama... Pada waktu rehat, kami jarang pi kantin. Selalunya kami akan ke surau untuk menunaikan solat dhuha. Rindunya suasana ketika itu...
Yang ni sewaktu kami mengikuti ProMat (Program Matematik). Pagi2 ada aktiviti jogging ke Cameron Highlands, hehehe... Takdela, sekitar taman perumahan berdekatan sekolah kami je tu...
lk Inilah bilik studi kami selepas kelas prep. malam. Dulunya bilik ni dorm untuk murid2 form1. Lupalak apa nama dorm ni, tak silap Dorm Ali rasanya. Then, dijadikan bilik studi. Tapi seingat saya, masa kiteorang tengah peksa SPM, dorm ni jadi bilik ping-pong lak, multi function ni, heheheh...
lk Musim peperiksaan kami turut menjengah ke bulan puasa. Ingat ni, jangan risau kalau peksa time bulan puasa. In sya Allah, Allah akan makbulkan doa orang2 yang berpuasa. Masa ni kami dijemput ke rumah Ustazah Sarmi Ponijan untuk jamuan makan selepas solat terawikh
lk Masa kami peksa dah cuti sekolah. So, yang ada kat surau kami2 jelah. Tapi, adalak makhluk Allah yang lain dok datang bertandang; si anjing. Sekolah kami ni berdekatan dengan taman perumahan. Ramai orang Cina yang dok taman tu; faham2 jelah. Tapi, maybe anjing liar or anjing yang dah takde tuan. Tapi, memang banyak anjing yang selalu berkeliaran dalam kawasan sekolah. So, kenalah samak surau ni sebab anjing tu dah masuk sampai ruang solat. Surau ni banyak kenangannya. Di sinilah setiap malam kami lepak2, kadang2 tido sebelum bangun untuk qiamullail. Di sini gaklah, masa kami junior selalu kena denda sebab tak hafal wirid, kena panggil ngan senior sebab tak puas hati dengan junior dan sebagainya and tempat nak cari selipar yang hilang, heheheh...

lk

Leave a Comment