Tawaran Kemasukan Ke SMKA, KAA, KRK, dan Sekolah Kawalan Untuk Tahun 2010

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon UPSR SK LKTP Sungai Sayong yang telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 1 di SMKA, KAA, KRK dan Sekolah Kawalan, dan mengabadikan nama mereka di Elhaamy ni, walaupun mereka tak tahu pun kewujudan blog saya ni, hehehe...
lk
Ada beberapa orang calon yang mendapat keputusan 4A, namun tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di SMKA, KAA, KRK dan Sekolah Kawalan. Dan ada juga yang mendapat keputusan 3A, tetapi rezeki mereka telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di KAA. Dan ada juga yang mendapat keputusan 3A, tapi juga tidak mendapat tawaran. Rezeki masing2 kan! Dan saya pun kurang pasti tentang aspek permohonan dan pemilihan calon ke SMKA, KAA, KRK dan Sekolah Kawalan ni. Yang saya pasti, mestilah dapat keputusan yang cemerlang kan? Sebenarnya saya berharap ada di antara mereka yang akan ditawarkan ke SBP terutamanya SMA Persekutuan (belum boleh check lagi), tapi tak taulah bila dah dapat tawaran ke SMKA, KAA, KRK dan Sekolah Kawalan ni akan mendapat peluang juga mendapat tawaran ke SBP.
lk
Berikut ialah nama calon-calon yang berjaya mendapat tempat.
lk
Aini Nadrah binti Kamarudin (5A) : SMK BT 2 - Sekolah Kawalan
Hanisah binti Azmi (5A) : SMK BT 2 - KRK
Nur Khairina Syahirah binti Shamsul (5A) : SMK BT 2 - KRK
Muhd. Mansor Firdaus bin Talib (5A) : SMK Agama, Bandar Penawar
Fatin Amira binti Rosman (4A) : SMK Sultan Alauddin - KAA
Mohd. Zulfadhli bin Muhamad Zulkefli (4A) : SMK BT 2 - KRK
Muhd. Azham bin Zaini (4A) : SMK Sultan Alauddin - KAA
Nur Anis binti Mohd Akil (4A) : SMK Sultan Alauddin - KAA
Nurul Azwanie binti Madon (4A) : SMK Sultan Alauddin - KAA
Intan Zanariah binti Zakaria (3A) : SMK Sultan Alauddin - KAA
Muhd. Amirul Hisyam bin Razali (3A) : SMK TARP, Kulai - KAA
lk
Tahniah diucapkan kepada mereka semua! Kepada mana2 calon atau guru yang ingin mengetahui keputusan kemasukan ke SMKA, KAA, KRK, dan Sekolah Kawalan dan bagi mereka yang tidak berjaya dan mahu membuat rayuan, sila klik di sini (untuk calon di Negeri Johor sahaja).
lk
Berikut ialah tarikh2 penting berkaitan dengan kemasukan ke SMKA, KAA, KRK dan Sekolah Kawalan ini.
lklk
15 hingga 30 Disember 2009 : Proses rayuan kemasukan secara atas talian (online)
Bagi calon UPSR yang tidak memohon mana-mana aliran di atas boleh membuat rayuan secara manual kepada PPD.
15 Disember 2009 : Surat-surat tawaran kemasukan murid ke semua aliran akan diedarkan melalui Sekolah Rendah (sekolah asal calon)
2 dan 3 Januari 2010 : Pendaftaran murid KRK/KAA/SMKA/Sekolah kawalan di sekolah-sekolah yang ditawarkan
12 Januari 2010 : Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Penempatan Murid bagi semua aliran
15 Januari 2010 : Keputusan Rayuan Penempatan Murid bagi semua aliran.
Surat–surat tawaran rayuan yang diterima masuk diedarkan terus kepada murid.
lk
* Bagi proses rayuan kemasukan ke semua aliran, pemohon DIMESTIKAN MENDAFTAR di penempatan asal (Sekolah Menengah) sehingga tawaran dikeluarkan bagi ambilan kedua. Mana-mana pemohon yang tidak mendapat tawaran selepas 20 Januari 2010 dianggap tidak berjaya.

4 ulasan

umi_e berkata...

TAHNIAH!
Semoga terus cemerlang...

CikguAreefNaim berkata...

tq umi_e,

jadi cikgu nilah yg menggembirakan hati kita, bila anak2 murid kita berjaya.walau sy tak ajar mereka utk UPSR,sy tetap melakukan usaha utk mereka spt solat hajat n bacaan yaasin utk t.6,solat hajat perdana,n bacaan yaasin n solat hajat semasa peperiksaan berlangsung.sbb tu,sya tak setuju kalau ckp tq kat cikgu t.6 jer.sbnrny sume pihak berusaha n mendoakn kejayaan mereka...

Tanpa Nama berkata...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )

CikguAreefNaim berkata...

to Anon,

TQ... Hopefully...

Dikuasakan oleh Blogger.