Terasing


Ini adalah novel yang baru saya beli di Harris, Aeon Tebrau City, dan AlhamdulilLah dah abis baca pun. Sesuai dengan selera saya. Kekadang saya agak keberatan untuk membeli novel2 yang penulisnya saya tidak biasa. Saya tak mahu rasa ralat membeli. Kerana bagi saya, ketika ini terlalu banyak novel picisan. Maafkan saya, wewenang menilai hasil usaha penulisan seseorang. Tapi itulah hakikatnya. Walaupun saya bukan novelis, saya punya citarasa di dalam menilai hasil penulisan seseorang. Namun, untuk novel Terasing ni, saya tak rasa ralat membeli. Syabas kepada penulis; Hilal Asyraf.
lk
Jom baca sebahagian daripada bab pertama novel ini. Saya peroleh daripada laman web Hilal Asyraf sendiri.
lk
~Dua janji~
lk
Suasana ketika itu damai. Hati benar-benar disapa besarNya DIA. Terasa benar diri ini akan kekerdilan seorang hamba. DIA telah menciptakan matahari yang sedang terbit itu. Kemudian DIA lah yang mewujudkan angin, bertiup sepoi-sepoi bahasa mengelus rambutku. Membuai jiwaku tenang. Dan bibir terasa ringan menutur tasbih, memuji kebesaranNya, yang menciptakan segalanya.
lk
“Ha, berangan apa tu?” Satu suara menyapa menggetarkan gegendang telinga. Aku tidak menoleh. Sudah kuketahui empunya suara.
lk
“Berangan apa pulak, tengah kagum dengan ciptaan ALLAH ni” Aku menjawab dengan senyuman.
lk
Empunya suara itu berdiri di sebelah aku.
lk
“Hem, indah sangat. Sememangnya pada ciptaan-ciptaan ALLAH itu, tersembunyi hakikat kebesaranNya” Aku mengangguk-angguk tanda setuju.
lk
“Cuma tidak ramai manusia yang hendak berfikir” Aku menambah. Manusia di sebelahku itu terangguk-angguk.
lk
“Kadang-kadang, ada antara mereka yang tidak tahu hendak berfikir” Dia menambah lagi kata.
lk
“Menjadi tugasan kita lah untuk mendidik mereka bagaimana hendak berfikir” Kami berpandangan sesama sendiri. Senyuman manis terukir.
lk
“Itulah da’ie” Dia menjawab.
lk
“Kau dah semakin faham ya”
lk
“Kau juga yang banyak mengajar aku Zaman” Aku menepuk bahunya. Zaman terangguk-angguk.
lk
Namanya Kamaruzzaman. Semua orang di sekolah memanggilnya Zaman. Dia tua setahun daripadaku. Merupakan ketua pelajar, dan seorang pemimpin yang amat berkaliber. Ilmunya dalam hal dakwah dan tarbiyah amat tinggi. Katanya ibarat mutiara, dan peribadinya seperti permata. Semua pelajar di sekolah kagum dan hormat dengannya. Kepimpinannya yang berkesan, dan cara dia mendidik pelajar lain dengan hikmah begitu menarik perhatian ramai. Walaupun kadangkala, dia tidak mengeluarkan bicara, dia masih mampu memberikan impak kepada manusia di sekelilingnya. Aku secara jujurnya, amat kagum dengannya. Sebagai Penolong Ketua Pelajar yang senantiasa mendampinginya, aku sungguh hormat kepada ketuaku ini.
lk
“Apa perancangan selepas ini?” Zaman bertanya kepadaku. Aku tersengih.
lk
“Soalan itu sepatutnya aku punya” Zaman tersenyum manis.
lk
Kata-kata aku itu tepat. Hal ini kerana, Zaman akan meninggalkan sekolah dalam masa sebulan lagi. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sudah berlalu sebulan yang lalu. Dia sebagai pelajar tingkatan enam atas di sekolah aku, akan menamatkan zamannya sebagai pelajar apabila sesi persekolahan tamat. Kami akan kehilangan satu mutiara yang amat berharga.
lk
“InsyaALLAH, aku hendak bergerak lebih jauh, menyampaikan fikrah ISLAM kepada lebih ramai orang, dan bersama-sama mereka, aku hendak pertingkatkan diri aku” Zaman menjawab yakin.
lk
“Asyik jawapan yang sama aja”
lk
“Em, entah sudah berapa ratus kali aku ulang kepada kau jawapan ini”
lk
“Sudah masuk ribuan agaknya” Aku berseloroh. Kami ketawa kecil.
lk
Zaman, kalau sudah ada ketetapan dalam hatinya, tidak akan berubah walau jutaan kali dibicara. Memang itulah jawapannya, kalau ditanya berkenaan masa hadapan.
lk
“Jadi ke hendak belajar di Maghribi?” Zaman mengangguk.
lk
“Belajar rajin-rajin”
lk
“Kau ingat aku budakkah?”
kj
Aku mengangkat mata ke atas. “Maybe”
lk
“Nakal” Tangan Zaman pantas mencuit pinggangku. Pantas tindakan refleks membuatkan aku mengelak.
lk
Suasana di tepi pantai itu terisi dengan tawa kami. Aku dengan Zaman memang rapat. Sama-sama dalam kumpulan debat, sama-sama berjuang dalam Badan Pengawas Sekolah, dan sama-sama mempunyai matlamat kehidupan yang sama, iaitu untuk meletakkan diri pada tahap yang ALLAH redha, dan mengajak manusia lain ke arah yang sama.
lk
“Tapi aku ada satu kerisauan” Tawa mengendur. Wajah Zaman mula serius.
lk
“Kenapa? Takut tidak dapat biasiswa kah?”
lk
“Aku tidak risau fasal duit”
lk
“Habis tu?”
lk
“Aku risau fasal diri aku”
lk
“Apa yang kau risaukan?”
lk
“Aku risau kalau ALLAH uji aku tersungkur atas jalan ini. Aku risau kalau ALLAH uji aku dengan memalingkan aku dari kebenaran, lalu aku jatuh ke lembah kehinaan” Aku senyap.
lk
Suasana damai yang indah bersama sinaran matahari terbit seakan menjadi suram dengan bicara Zaman. Memang, iman manusia itu sifatnya turun dan naik. Hidup manusia pula seperti roda. Ada masa di atas, dan ada masa di bawah. Bila-bila masa sahaja seorang manusia itu boleh tersungkur jika dia tidak berjaga-jaga.
lk
“Jangan risau, perkara itu tidak akan terjadi kepada kau” Aku cuba menenangkan. Zaman menggeleng.
lk
“Aku bukan malaikat” Berbicara dengan terus menghadap matahari terit. Benar. Nampaknya aku tersilap bicara. Zaman memandang kepadaku.
lk
“Sahabat” Aku mengangkat kening. Kenapa?
llkk
"Janji pada aku dua perkara” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
lk
“Pertama, ingati aku dalam setiap doamu” Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.
kj
“Kedua?” Zaman menarik nafas sebentar.
lk
“Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku”
lk
Hati terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka.
lk
“Sahabat” Zaman berbicara lagi. Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?
lk
“Jangan kau asingkan diriku dari kehidupanmu” Ketika ini, air mata meleleh juga. Tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.
lk
“Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih”
lk
Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum, bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.
lk
“Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas ini, mampu melelehkan air matanya juga”
lk
“Kau perli aku?”
lk
“Aku bercakap yang benar sahaja” Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.
lk
“Saifullah”
lk
“Ya”
lk
“Uhibbukafillah” Aku cintakan kamu kerana ALLAH. Hati seperti disapa salju.
kj
“Uhibbukafillah aidhan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
lk
Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan ALLAH yang indah lagi menyentuh hati.

3 ulasan

aDisH.sHidA berkata...

tak pernah lagi baca hasil penulisan hilal asyraf,teringin jugak nak baca..

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

citer ni ada online, tp rasanya tak abis... tu yg sy beli pulak novelnya...

ainunruzana berkata...

assalam, buku ni skrg dah takde jual di pasaran, jadi boleh x sekiranya sy nk pinjam? Atau kalau awak nk jual pun saya sudi nk beli.

Dikuasakan oleh Blogger.