Sedu

Malam tadi saya tersedu-sedu (bukan menangis yer). Pagi ni terjadi lagi. Kenapa ya? Jom kita baca artikel tentang sedu ni...
lk
BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna. Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap.
kj
Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik. Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.
lk
Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas. Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan.
lk
Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam. Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.
lk
Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung. Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.
lkj
Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja. Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang.
lk
Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya. Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu. Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya.
lk
Hanya bahagian yang saya warnakan dengan warna merah tu sahaja yang saya boleh terima dan faham. Yang bahagian lainlah tu, ntahla...
lk
Artikel ini saya peroleh daripada laman web Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam di sini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.