9 Nyawa
9 Nyawa... Novel terbaru daripada novelis kesukaan saya; Ramlee Awang Murshid. Novel ni saya beli di Badan Book Stores, Plaza Angsana (kedai buku kesukaan saya) semalam. Saya memang meminati novel2 Ramlee Awang Murshid ni; tak pernah ketinggalan walau satu novel pun. Semuanya telah saya baca. Namun, sejak kebelakangan ni, rasa cam biasa2 jer, cam takde yang menarik sangat. Membaca atau membeli pun, sebab ianya karya penulis kegemaran saya. Bukan apa, sejak kebelakangan ni, cara penulisan novel2nya agak serupa walaupun berlainan jalan ceritanya. Ini pendapat sayalah, maybe pendapat orang lain berbeza. Kurang rasa istimewanya berbanding novel2 terawalnya sebelum ini seperti Tombiruo, Adam, Satu Janji (paling saya suka), dan sebagainya. Maybe, Ramlee Awang Murshid perlukan pendekatan baru agar novel2nya yang akan datang lebih segar, lebih memikat hati, dan semuanya lebihlah. Maaf yer, saya ni cam bagus jer memberikan komen. By the way, novel ni memang best, cuma saya dah terlalu biasa dengan novel2 Ramlee Awang Murshid. Jadi saya mahukan yang 'luar biasa'. Maybe, kena baca novel2 yang penulisnya saya kurang biasa... "Terlalu biasa, luar biasa dan kurang biasa". Selamat membaca...
Leave a Comment