9 Nyawa


9 Nyawa... Novel terbaru daripada novelis kesukaan saya; Ramlee Awang Murshid. Novel ni saya beli di Badan Book Stores, Plaza Angsana (kedai buku kesukaan saya) semalam. Saya memang meminati novel2 Ramlee Awang Murshid ni; tak pernah ketinggalan walau satu novel pun. Semuanya telah saya baca. Namun, sejak kebelakangan ni, rasa cam biasa2 jer, cam takde yang menarik sangat. Membaca atau membeli pun, sebab ianya karya penulis kegemaran saya. Bukan apa, sejak kebelakangan ni, cara penulisan novel2nya agak serupa walaupun berlainan jalan ceritanya. Ini pendapat sayalah, maybe pendapat orang lain berbeza. Kurang rasa istimewanya berbanding novel2 terawalnya sebelum ini seperti Tombiruo, Adam, Satu Janji (paling saya suka), dan sebagainya. Maybe, Ramlee Awang Murshid perlukan pendekatan baru agar novel2nya yang akan datang lebih segar, lebih memikat hati, dan semuanya lebihlah. Maaf yer, saya ni cam bagus jer memberikan komen. By the way, novel ni memang best, cuma saya dah terlalu biasa dengan novel2 Ramlee Awang Murshid. Jadi saya mahukan yang 'luar biasa'. Maybe, kena baca novel2 yang penulisnya saya kurang biasa... "Terlalu biasa, luar biasa dan kurang biasa". Selamat membaca...

3 ulasan

Tanpa Nama berkata...

wah minat novel juga cikgu aref ni..x sangka lak...mia pun selalu gi Badan..tempat best nak cari novel2x & pelbagai bahan .......hm, ramai yg tayang novel ramli ni..tp best sgt ke? ada la mia simpan beberapa koleksi dia...ms awal2 beli mmg best..tp kini, betul ia dh jd x luar biasa....mana nk dpt yg luar biasa ye..ibarat buku novel cinta yg berlambak di pasaran la...stail & jalan cite mcm seakan sama..tp, org tetap gak nak beli sbb feeling in love nye psl....

CikguAreefNaim berkata...

Ooo jangan tak tau, saya ni minat gak baca novel, hehehe. Masa kat U dulu, dok pinjam novel kwn2, pastu terus jadi minat... Ntahla, susah gak nak cari novel yg betul2 berkualiti. Saya pun membaca sekadar mengisi masa terluang. Tapi, novel sekarang ni ok gak. Banyak yang berinformasi. Tapi dari segi tema, kebanyakannya mmg tema cinta, sebab tula paling orang suka. novel islamik dah byk sekarang ni...

Shafiq berkata...

Assalamualaikum. Saya pun minat jugak novel Ramlee Awang Murshid ni. Tapi sekarang novel dia agak kurang menyengat, tapi saya tetap suka karya beliau. :-)

Dikuasakan oleh Blogger.