Semalam...

Assalamu `alaikum...
lk
Saje nak bercerita tentang hari semalam. Tiada apa2 yang menarik pun...
lk
Semalam pagi2 lagi saya sudah berada di SM Foon Yew, Kulai, Johor. Menurut perancangan, sepatutnya saya berada di sana pada jam 0930 pagi. Tapi, pagi tu saya dapat arahan untuk berada di sana pada jam 0845 pagi. Nasib baiklah masa tu memang dah siap. Rancangnya nak ke sekolah terlebih dahulu menyelesaikan urusan berkaitan perkeranian. Bukanlah saya buat part time jadi kerani tau, tapi menyelesaikan urusan berkaitan claim, hehehe... Sempatlah singgah sekejap di sekolah dan terus drive ke SM Foon Yew. AlhamdulilLah, sampai tepat2 jam 0845 pagi.
lk
Sebenarnya saya telah diamanahkan untuk membaca doa di dalam Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Johor Bersama Pentadbir Pendidikan Negeri Johor dan Taklimat Persediaan Awal Tahun 2010. Sebagaimana yang difahamkan kepada saya, doa akan dibaca pada jam 1100 pagi semasa kehadiran Pengarah Pelajaran Johor. Dan saya diminta hadir awal untuk membaca doa ringkas memulakan majlis pada pagi itu (untuk sesi sebelum kehadiran Pengarah). Bila saya sampai, dah ada orang yang akan baca doa. Sebenarnya saya back up je. Tapi, saya tengok pada tentatif program, majlis bersama Pengarah bukan pada jam 1100 pagi tapi pada waktu petang. Tapi, takpela, saya dah buat confirmation memastikan akan ada orang yang akan membaca doa pada majlis bersama Pengarah tu. So, bolehlah saya balik. Kalau tak terpaksalah saya menunggu dari pagi bawa ke petang. Takpela kan, kita hanya merancang, Allah SWT jua yang layak untuk menentukan segala-galanya.
lk
Saya tak terus balik lagi. Pergi bersarapan terlebih dahulu bersama Ustaz Ziman (Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Islam, PPD Kulai) dan selepas tu Ustaz Ziman mengajak saya pergi mendaftar, sebab katanya dapat buku yang bagus. Saya pun ikutlah dan dapat buku di bawah ni. Ok gaklah kan, dapat buku, daripada saja2 datang dan terus balik.
lk
lk
Selepas tu saya terus menuju ke kereta. Tapi seganlak nak balik, sebab ada En. Yusof Katmi yang sedang menjalankan tugas memberi tunjuk arah kepada kereta-kereta yang baru hadir. Sebab sebelum tu saya dah berjumpa beliau di dalam. Takut dia ingat saya nak cabutlak. Yela, dia bukan tahu kondisi saya and dia bukan tahu pun yang saya ni bukan Pentadbir Pendidikan. Alah, tebalkan jelah muka, hehehe...
lk
Pastu terus drive ke Pejabat Tanah Kulai. Saya memang telah merancang untuk menyelesaikan beberapa perkara setelah selesai urusan di SM Foon Yew tu. Ingat nak matikan setem di Pejabat Tanah Kulai. Tapi takdelak urusan tu. Yang ada di Pejabat Tanah Kota Tinggi dan LHDN JB. Pikir2, pegi LHDN JB jelah. Sebelum ke LHDN, saya singgah dahulu ke Pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata simpanan saya. Sebab sejak keja ni, tak penah dapat pun. Terkejut bila dapat penyata tu. Bukan takde simpanan, tapi AlhamdulilLah banyaknya duit yang telah tersimpan. Hati2 saya berbunga sangat. Hati saya menyimpan hasrat, bila boleh keluarkan simpanan tu nanti, saya nak bawa mak saya pergi umrah. Sebab sebelum ni, saya pergi umrah mak saya yang belanja pakai simpanan KWSP dia.
lk
Selepas tu baru pergi ke LHDN untuk urusan matikan setem. Lainlak prosedurnya, kena isi boranglak dulu. Sebelum ni takde. Lepas tu, saya singgah ke Plaza Angsana, depan je ngan LHDN tu. Pergi repair rambut (heheheh), beli novel, beli sehelai kemeja (warna kesukaan saya, heheheh), ambil gambar pasport, solat zohor dan lunch. Pastu balik... Sebelum sampai rumah beli cendol dan sedikit kuih untuk minum petang di rumah. Sekian, coretan tentang hari semalam...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.