Warna Kesukaanku

Semua orang ada warna kesukaan masing-masing. Begitu juga dengan saya. Warna kesukaan saya adalah warna HIJAU. Bagi saya apa sahaja yang berwarna hijau, semuanya nampak cantik. Sampaikan emak saya pernah menegur saya membeli sehelai sweater yang tetap ada warna hijau walaupun bukan sepenuhnya. Bagi saya hijau nampak cantik, mendamaikan dan menyejukkan mata yang memandang. Tapi jangan silap saya bukan incredible hulk k, hehehehe... Jom kita tengok rahsia di sebalik personaliti warna hijau ni.
lk
lk
[HIJAU]

Tenang, tidak banyak kerenah,
pendiam, memendam perasaan,
kadang kala kompleks, panjang akal dan amat sabar
lk
[CORAK KEKELUARGAAN]

Sukar bergaul
Memilih rakan
Lebih suka membaca dari bersembang-sembang
Sering melakukan judgement
Mempunyai chemistry yang baik jika
bersesuaian dengan orang-orang tertentu
Terlalu memilih dalam perhubungan

[KEPIMPINAN]

Tidak mengamalkan empowerment
Terlalu berhati-hati
Terlalu memilih
Berhati-hati menjalankan tanggungjawab
Sering melakukan penilaian yang berterusan
Sering melihat bukti
Lebih gemar berkerja sendirian
Selesa dengan zon persendirian
Suka berfalsafah
lk
Kalau lihat kepada ciri-ciri di atas banyak gak persamaan dengan saya. Ada ciri yang baik dan tidak. Mana yang baik kenalah dikekalkan. Mana yang tak baik, kenalah berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Betul tak?
lk
Artikel ini saya peroleh daripada slide yang disediakan oleh Tn. Hj. Hairol Kamal bin Hj. Ab. Rahman, Pegawai Psikologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, di sini.
Dikuasakan oleh Blogger.