Doa Sempena Majlis Persaraan

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah, pada esok hari akan diadakan Majlis Persaraan Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim, GPK Hal Ehwal Murid, SK LKTP Sungai Sayong. Untuk Majlis esok ni, saya telah diamanahkan sebagai pembaca doa.

So, di sini ingin saya kongsikan teks doa yang telah saya sediakan sempena Majlis Persaraan tu. Moga ada manfaat!

Teks asal diperoleh di sini.

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

79 ulasan

Hamba Allah berkata...

Mohon kebenaran untuk mengambil teks doa ini untuk digunakan di sekolah saya... Terima Kasih.... Semoga Allah memberkati kebaikan tuan..

CikguAreefNaim berkata...

to hamba allah,

silakan... smg kita sama2 diberkati, amiin...

Tanpa Nama berkata...

Salam...Mohon kebenaran tuan untuk mengambil teks doa ini, moga2 kita semua dirahmati Allah...

CikguAreefNaim berkata...

to anon,

w'salam... silalah... amiin :)

Hasan Ahmad berkata...

mohon guna semula tq

Ismail berkata...

Assalamualaikum,
Mohon kebenaran untuk mengambil sebahagian dari doa ini untuk digunakan dalam majlis saya nanti

CikguAreefNaim berkata...

to hasan ahmad,

silakan, maaf lambat beri respon...

CikguAreefNaim berkata...

to ismail,

w'salam... silakan, maaf lmbt beri respon yer... moga allah permudahkan segalanya...

Tanpa Nama berkata...

saya minta izin guna kan doa ini ya..
tq...

CikguAreefNaim berkata...

to anon,

silakan, sama2 :)

Tanpa Nama berkata...

salam. saya minta izin guna doa ini ye utk mjls perpisahan di sekolah saya. terima kasih.

CikguAreefNaim berkata...

to anon,

w'salam... silakan... sama2 :)

Mohd Sabri berkata...

Mohon minta izin ambil teks doa

CikguAreefNaim berkata...

to mohd sabri,

silakan, maaf lambat respon...

burtuqal berkata...

Assalam tuan. mohon kebenaran & keizinan untuk menggunakan doa ini. terima kasih.

CikguAreefNaim berkata...

to burtuqal,

w'salam... silakan... sama2 :)

Tanpa Nama berkata...

slm saudara areef..
sy mohon izin utk mgunakn doa ini ye..terima kasih..

CikguAreefNaim berkata...

to anon,

w'salam...

silakan, sama2 :)

Tanpa Nama berkata...

mintak izin nk copy doa ni..

CikguAreefNaim berkata...

@Anonymous

silakan :)

Tanpa Nama berkata...

tuan,

sy mohon izin nk copy doa ni utk dijadikan panduan kelak..

Terima kasih

CikguAreefNaim berkata...

@Anonymous

silakan :) sama2...

mohamad irfan berkata...

assalamualaikum , mohon copy sikit doa nie =) syukran

mohamad irfan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
CikguAreefNaim berkata...

@mohamad irfan

w'salam... silakan... maaf lambat respon...

nazrul ali berkata...

saya pinjam ya:) TQ

CikguAreefNaim berkata...

@nazha anua

silakan :)

Tanpa Nama berkata...

mohon kebenaran menggunakan doa ini ya...moga tuan akan sentiasa diRahmati...

CikguAreefNaim berkata...

@Anonymous

silakan... terima kasih atas doanya :)

Tanpa Nama berkata...

Mohon share;)

Tanpa Nama berkata...

Salam.mobon izin guna teks utk.persaraan staf kami.tuan.ssmoga allah memberkati penulis.

anib firdausi berkata...

Mhn share. Tmakasih. Mg Allah memberkati usaha saudara.

Tanpa Nama berkata...

Mntk izin guna teks ni. Kbtuln esok nk guna. Baaraka Allah... al ranawi

Teacher Kay berkata...

Saya juge mohon minta izin...

Unknown berkata...

Assalamualaikum admin... mohon kebenaran ingin menggunakan text ucapan ini... terima kasih... moga Allah merahmati admin... Amin

Tanpa Nama berkata...

Slm
Mohon guna teks doa ini.tk

Unknown berkata...

SALAM.. MOHON KEBENARAN UTK GUNA DOA PERSARAAN INI. MOGA DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT.

Tanpa Nama berkata...

Mohon kebenaran guna.tq

Unknown berkata...

mohon kebenaran untuk gunakn taks doa ini

Unknown berkata...

Mohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini. TQ

Tanpa Nama berkata...

Mohon kebenaran menggunakan teks doa ye..
Jazakallah...

Unknown berkata...

Salam..
mohon kebenaran utk di gunakan dalam majlis persaraan ketua saya..tq

Tanpa Nama berkata...

Salam mohon kebenaran guna teks ini di pejabat saya bg majlis perpisahan staff

Tanpa Nama berkata...

Saya Mohon izin guna sebahagian teks bacaan doa ini bagi majlis persaraan di pejabat. Tq

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini untuk majlis perpisahan di sekolah saya
Terima kasih...

haris my berkata...

tuan, mohon utk gunakan teks ini utk majlis bersara guru dan perpindahan guru sek saya. T.kasih tuan.

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini untuk majlis perpisahan di sekolah saya
Terima kasih...

Unknown berkata...

salam..mohon share doa ini..terima kasih..

HASNORWANI ... berkata...

aslmkm tuan. mohon izin guna teks doa.tqvm

Unknown berkata...

Mohon untuk dipanjang2kan tuan...syukran

cekgu man berkata...

Salam..mohon untuk digunakan doa ini ..

Unknown berkata...

Saya juga mohon menggunakan teks ini di sekolah saya.

Tanpa Nama berkata...

saya pon nk juga tq

Unknown berkata...

ASSALAMUALAIKUM
WAHAI SAUDARAKU, MULIA SUNGGUH USAHAMU,
TITIPKAN DOA BUAT INSAN LAIN,
MULAI LAGI SETELAH ENGKAU BERKONGSI ILMU ALLAH INI.

TAHNIAH, SEMOGA ALLAH MERAHMATI DIRIMU DAN MEREKA YANG BERKONGSI ILMU ALLAH UNTUK MANFAAT BERSAMA.

Unknown berkata...

mohon kebenaran menggunakan doa ini..terima kasih

Mohd. Hasrizal Hasim berkata...

Terima kasih tuan. Sangat bermanfaat...

Mohd. Hasrizal Hasim berkata...

Terima kasih tuan. Sangat bermanfaat...

Unknown berkata...

Terima kasih. Mohon share tn. Doa ni

AbiMirul berkata...

Terima kasih.
Mohon menggunakan sebhgn drpd teks doa ini utk majlis persaraan di tempat saya ya.

m nazh berkata...

Mohon guna doa ini utk majlis sekolah sy. Terima kasih atas perkongsian

Unknown berkata...

Mohon guna teks doa ini.syukran,mabruk alaika

Unknown berkata...

Mohon guna teks doa ini.syukran,mabruk alaika

Tanpa Nama berkata...

Salam. Mohon izin untuk manfaatkan doa tu untuk majlis persaraan kawan kami. Jzkk.

Din

KIFAYAH berkata...

assalamualaikum Tuan,

saya mohon untuk gunakan sebahagian dari doa ini utk majlis perpisahan rakan-rakan sepejabat

Unknown berkata...

Mohon guna doa ini utk majlis petsaraan kakitangan felcra bhd Neg.Johor

Dino's business berkata...

Mohon menggunakan doa ini... Terimakasih

Mohd berkata...

Mohon guna doa ini tuan... smoga diberkati

Unknown berkata...

Mohon guna doa ini utk majlis persaraan disekolah saya

Unknown berkata...

Mohon kebenaran untuk digunakan..ribuan terima kasih

Unknown berkata...

Teks doa terbaik 2019.tq

faiezul berkata...

Mohon guna teks doa

Unknown berkata...

Mohon meenggunakan teks ini

Unknown berkata...

Sy Minta izin gunakan doa ini utk mjlis sek sy

Unknown berkata...

Assalamualaikum.saya mohon menggunakan teks doa ini untuk majlis mlm esok dan dan Jumaat 14 Jun 2019

TokDin berkata...

Saya mohon mengguunakan teks doa ini utk majlis persaraan staf jumaat ini.

megat khairol berkata...

salam tuan ustaz...mohon guna teks doa nukilan tuan untuk majlis persaraan pk hem sekolah saya

Unknown berkata...

Assalam Tuan,

Saya nak mohon untuk menggunakan teks ucapan ini tuan.

Mohamad Zaidi bin Haji Mohamad berkata...

wassalam, mohon copy untuk majlis persaraan kawan saya.

Unknown berkata...

Sy mohon izin nak teks doa.. Apply utk persaraan gb saya

Dikuasakan oleh Blogger.