Hantu Raya!!!

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Ramadan telah berlalu pergi. Dan Syawal pula kini datang menjelma. Walaupun kita bersedih dengan berlalunya Ramadan yang penuh dengan keberkatan, namun Syawal tetap perlu diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan keinsafan kepada Allah SWT.

Bercakap tentang kemeriahan bulan Syawal yang masih diraikan oleh seluruh umat Islam, kita telah dihidangkan dengan pelbagai program dan rancangan televisyen seperti telemovie, drama bertemakan Aidilfitri, program-program berbentuk hiburan dan keagamaan dan tayangan filem-filem tempatan.

Bercakap tentang tayangan filem-filem tempatan ini, daripada pelbagai genre filem yang ditayangkan, terselit di celah-celahnya genre seram, ataupun mistik ataupun dalam bahasa mudahnya cerita hantu. Dan ada yang diolah menjadi genre komedi. Hantu pun pandai buat kelakar kan, hehehe...

Jom kita semak apakah filem-filem bergenre seram (seram @ mistik @ komedi hantu) yang ditayangkan oleh stesen-stesen TV tanahair sempena Aidilfitri ini!

RTM melalui TV2 :

Zombie Kampung Pisang
Gong
Waris Jari Hantu

Sumber di sini.

TV3 :

Jangan Pandang Belakang Congkak
Momok The Movie
Susuk
Jin Notti
Congkak

Sumber di sini.

TV9 :

Jangan Pandang Belakang
Chermin
Cerita Hantu Malam Raya : Cerita Hantu Perempuan (drama bersiri)

Sumber di sini.

Wah banyak betul filem bergenre seram yang ditayangkan yer! Ni baru senarai daripada stesen TV2, TV3 dan TV9, belum lagi stesen-stesen yang lain, juga stesen berbayar ASTRO. Ni yang berjaya saya senaraikan, mungkin ada yang terlepas pandang. Macam filem Congkak di TV3 tu tak di'highlight'kan sebagai tayangan sempena Aidilfitri, tapi ditayangkan bagi menggantikan segmen Sinetron yang ditayangkan pada jam 0200 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.

Saya ada quoted status rakan saya di wall FB (saya olah mengikut ayat saya sendiri), beliau mengatakan bahawa stesen-stesen TV mungkin berlumba-lumba untuk menayangkan filem-filem bergenre seram ini sempena meraikan syaitan dan jin yang telah dilepaskan setelah dibelenggu pada bulan Ramadan yang lalu. Na'udzubilLahi min dzalik. Walaupun nampak macam pendapat yang tak boleh dipakai, namun ada gak logiknya kan?

Ada komen kepada status ni, yang membuat saya tergelak besar; hantu-hantu sekarang ramai yang menganggur, lantaran manusia itu lebih menakutkan (bisa membunuh, merogol, membakar, merompak dan sebagainya lagi). Justeru itu, hantu-hantu telah beralih arah menceburi industri perfileman, hehehe... Sebab tulah sekarang ni banyak betul filem bergenre seram aka cerita hantu ni.

Tapi, kalau dan tonton tu, ambillah ianya sebagai iktibar. Cuba cari nilai-nilai positif yang cuba diterapkan di dalam filem-filem tersebut. Jika kita hanya melihatnya sebagai sebuah filem yang menakutkan dan menyeramkan, bisa membuat anak-anak kecil menangis, dan menilainya daripada sudut yang negatif sahaja, jadilah ia sebagai suatu perkara yang sia-sia sahaja. Lebih baik tidak ditonton langsung!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.