A Vacation to Singapore : Part 4

Part 1. Part 2. Part 3. Destinasi seterusnya selepas ke Little India ialah ke Gardens by The Bay yang terletak di Marina Gardens Drive. Satu tarikan baru di Kota Singa. Mereka yang sukakan keindahan taman yang unik memang sesuai sangat untuk ke sini. Untuk ke sini, kami menaiki MRT dari Stesen MRT Farrer Park ke Stesen MRT Bayfront dan interchange di Stesen MRT Dhoby Ghaut.

Setibanya di Stesen MRT Bayfront kami menuju ke Exit B dan melalui jalan bawah tanah, menaiki lif dan terus ke Gardens by The Bay. Keluar je dari lift terus rasa sangat teruja. Rupanya Marina Bay Sands Hotel (ala yang ada swimming pool bentuk kapal atas hotel tu) dekat sangat dengan Gardens by The Bay ni. Kalau dari Merlion Park tu nampak jauh sikit. Tapi, sayangnya masa kami sampai ni, hujan pun turun. Walaupun ada bawa payung, pergerakan agak terhad sikitlah. Hujan tu kan rahmat. Pasti ada hikmah pada setiap ketentuan-Nya tu kan?

Sumber : Di sini

Jalan terus sampai hujung, then jumpa lift

Kalau datang sekali lagi, saya nak try laluan Bay South tu pulak

Sumber : Di sini
Marina Bay Sands Hotel
Gardens by The Bay terletak di sisi sebelah kiri gambar, nampak dekat sangat

Supertree Grove

Yang bangunan separa bulatan tu Flower Dome



Singapore Flyer
Ni bukan di Gardens by The Bay, tapi boleh nampak dari sini








Erm, to be honest memang tak puas jalan kat sini. Satunya, sebab hujan, then hari dah malam. Lama gak kami kat sini. Next visit, saya memang plan nak ke sini lagi. Tak puas dok ambil gambar, then tak berpeluang nak explore lebih jauh, just sekitar Supertree Grove tu je. Sebab, saya memang minat ambil gambar keindahan alam ni. Kalau ada rezeki, nak spend satu hari kat sini je, hehehe... Ni saya sempat tunjuk sikit je tarikan di Gardens by The Bay ni, actually banyak lagi tarikan.


Lebih kurang jam 7 lebih malam, kami bergerak semula ke Stesen MRT Bayfront untuk menaiki MRT ke Stesen MRT Kranji, di mana kami perlu interchange di Stesen MRT Marina Bay terlebih dahulu. Then, sampai di Stesen MRT Kranji naik bas 170 (boleh guna Singapore Tourist Pass) untuk kembali semula ke JB. Malam pertama ni kami bermalam di Taman Ungku Tun Aminah, JB. Sebelum check-in, singgah makan dulu di Bandar Baru Uda. Recommended. Tapi, takde ambil gambar sebab dah lapar sangat rindukan masakan Malaysia, hehehe...

Kali ke-2 menginap di sini. Recommended.
No. telefon 07-5586178

Selesai sudah perjalanan hari pertama di Kota Singa. In syaa Allah, nanti saya sambung cerita untuk hari kedua dan ketiga pulak ye. Tungguuu!!! Hehehe...

4 ulasan

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau naik S'pore Flyer tu warga emas cuma bayar separuh harga. Bapak kakak berani tau naik siap dia kata boleh nampak JB.. tapi itu betul kan.

aDisH.sHidA berkata...

cantik

itu je komen..

CikguAreefNaim berkata...

@Kakzakie

warga emas di spore ada yg kira 60 ada yg kira 65... klu USS 65 bru kira warga emas...

tinggi gaklah ek blh nampak jb...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

komen sy pun mcm tu :)

Dikuasakan oleh Blogger.