Keputusan Pemenang Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Inilah saat yang dinanti-nantikan. Keputusan Pemenang Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu! Sejujurnya, terlalu sukar untuk saya membuat keputusan. Kebanyakan foto yang dipertandingkan sememangnya menepati tema yang telah ditetapkan. Namun, adat dalam pertandingan, pasti ada yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Saya mohon maaf andai keputusan yang telah ditetapkan mengundang rasa tidak puas hati. Seikhlasnya, saya telah menilai semua foto yang telah dipertandingkan dengan sebaik-baiknya. Andai ada khilaf, saya mohon maaf sebanyak-banyaknya ye!


Ok, tanpa membuang masa, dengan lafaz BismilLahir Rahmaanir Rahiim, saya mengumumkan keputusan Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Tempat Pertama - Kiera Sakura
Hadiahnya sebuah buku bernilai RM55 -
Edisi Istimewa "Aku Terima Nikahnya" oleh Hasrizal Abdul Jamil

Tempat Kedua - Mas Zull
Hadiahnya sebuah buku bernilai RM35 -
"Amalan Sunnah Selepas Solat & Kelebihannya" 
oleh Mohammad Subki bin Abdul Rahman

Tempat Ketiga - Mr. Azman
Hadiahnya sebuah buku bernilai RM24.50 - "Kembara Atiq Wazif : Satu Anugerah"
oleh Hasan Suyut

Tahniah kepada semua pemenang! Sila emailkan maklumat diri anda (nama penuh, alamat dan no. telefon bimbit ke azaref82@gmail.com) ye.

Erm, kepada yang tidak berjaya jangan sedih-sedih ye! Saya ada pengumuman penting ni... Dengan berbesar hatinya, saya ingin menambah hadiah untuk beberapa kategori tertentu.
  • Peserta paling awal : Pemenangnya ialah Nur NBA. Hadiahnya ialah sehelai kain batik Sarawak.
  • Follower ke-500 - pemenangnya ialah Pinaaa. Hadiahnya ialah sehelai kain batik Sarawak.
  • Teka-teki (terbuka kepada semua peserta yang tidak memenangi sebarang hadiah). Pemenang ditentukan berdasarkan peserta yang paling cepat memberikan jawapan yang tepat. Tinggalkan jawapan pada bahagian komen di entri ini ye. Ada 2 soalan. Anda hanya perlu memilih untuk menjawab salah satu soalan sahaja. 1) Nyatakan tajuk tesis Pengajian Sarjana saya. 2) Sebelum "Bicara Hatiku", blog ini telah menggunakan 3 nama yang lain. Nyatakan 2 daripada 3 nama blog yang saya gunakan sebelum ini. Hadiah untuk soalan pertama ialah sehelai kain batik Sarawak. Hadiah untuk soalan kedua ialah sebuah buku bertajuk "I Want to Be a Writer" oleh Ummu Hani Abu Hassan.
    Ok, suka tak? Hehehe... Kepada semua pemenang untuk hadiah tambahan ni sila emailkan maklumat diri anda (nama penuh, alamat dan no. telefon bimbit ke azaref82@gmail.com) ye. Bagi pemenang wang tunai hanya perlu emailkan nama penuh dan no. akaun bank sahaja.


    Erm, sebagai akhirnya salam ukhwah dan salam persahabatan daripada saya buat anda semua. Nantikan kemunculan Contest/ Giveaway daripada blog "Bicara Hatiku" di masa yang akan datang. In syaa Allah... Salam hormat, assalamu 'alaikum... :)

    33 ulasan

    Tanpa Nama berkata...

    Nice~~~Tahniah kepada pemenang!

    NHML berkata...

    tahniah kpd pemenang....dapat RM 10 pun ttp hadiah...alhamdulillah ^_^

    Natasha Amiera berkata...

    1) Nyatakan tajuk tesis Pengajian Sarjana saya.

    : Animated Pedagogical Agents (APA) di dalam Pendidikan Al-Qur'an

    http://justwh4t3v3r.blogspot.com/

    Natasha Amiera berkata...

    2) Nyatakan 2 daripada 3 nama blog saya sebelum ini.

    : http://my-weblearning.blogspot.com/ :
    : http://alfatihahtahun1.blogspot.com/ :

    saya mencuba nasebb :D

    http://justwh4t3v3r.blogspot.com/

    Kakzakie Purvit berkata...

    Waaaa.... ramai yg dapta kakak tertinggal juga akhirnya. Tahniah kakak ucapkan pada semua pemenang.

    aDisH.sHidA berkata...

    tahniah kpf kiera n nadh...sesuai dgn dorg hadiah tu

    aDisH.sHidA berkata...

    salam..shida cuba ye...soalan num 2...nama blog awak sebelum ni adalah
    1. elhaamy
    2. hijrah

    hehhe

    aDisH.sHidA berkata...

    salam..ni jawapan utk soalan 1..nak jugak kain batik tu

    tajuk thesis master awak.. "Animated Pedagogical Agents (APA) di dalam Pendidikan Al-Qur'an"

    tq

    CikguAreefNaim berkata...

    @Kelana Cinta

    jgn putus asa... terus cuba lg :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @ceritera-chinta

    wlupun kecik nilainya hrp sudilah menerimanya :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @wh4t3v3r

    tq sudi cuba... nantikan pengumumannya :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @Mama Adam

    jgn sedih tk mng... sume hebat2 :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @Kakzakie

    erm tkde rezeki... in syaa allah di ms akan dtg :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @aDisH.sHidA

    ha'ah mmg sesuai... sy pun belum satu tuk koleksi sendiri :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @aDisH.sHidA

    ok, tq sudi cuba... nntikan pengumumannya :)

    Unknown berkata...

    wahh , tk sngke dpt gak hadiah walpun cabutan bertuah. alhamdullilah. terima kasih. tahniah kpd pemenang :)

    Unknown berkata...

    alhamdulilah.. terima kasih cikgu.. saya sudah email

    Nur-nba berkata...

    Terima kasih Areef kerana memilih akak untuk menerima hadiah saguhati.. Seronok rasanya.. Nanti akak emelkan detail ye..

    Kira Sakura berkata...

    Alhamdulilah tak sangka pulak menang tempat first tue hihihi.. terima kasih cikgu Areef. saya baru on9 hari nie. nt saya emel kan ek. terima kasih sekali lagi :)

    Sharifah Nadzarah berkata...

    alhamdulillah..tak sangka tersenarai dlm cabutan bertuah....tq cikgu areef...
    maaf lambat bagi detail sy baru online harini coz bercuti pjg...
    TQVM

    Sunah Sakura berkata...

    wahhhh! macam mana bole terlepas ni! ggrrr...

    tahniah kiera comot dan nadh gemok sebab da menang...kikiki...da agak da diorang leh menang punya..hehe

    CikguAreefNaim berkata...

    @Qaseh Nur

    tahniah... nnti emailkan ur details ya...

    CikguAreefNaim berkata...

    @taufikmaria

    sama2, ok, tq...

    CikguAreefNaim berkata...

    @Nur-nba

    kak seronok, sy pun seronok... klu blh nak bg semua hadiah, tp belum berkemampuan :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @kiera'sakura

    rezeki pengantin baru :) tahniah!

    CikguAreefNaim berkata...

    @Sharifah Nadzarah

    ok, takpe... tahniah... :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @Sunah Sakura

    erm, tkpe in syaa allah next time ada rezeki pulak...

    ceria kan diorang? :)

    maszull berkata...

    assalamualaikum areef...sukanya mama mekacih yer atas pemilihan ini...:)

    CikguAreefNaim berkata...

    @Mas Zull

    w'salam... sama2 :)

    Unknown berkata...

    alhamdulillah...
    rm10 juga rezeki...........

    mekasih areef.....

    Shafina Natasha berkata...

    Alhamdulillah , menang :) terima kasih !

    CikguAreefNaim berkata...

    @Remy hazza

    sama2 :)

    CikguAreefNaim berkata...

    @ッ Pinααα

    sama2 :)

    Dikuasakan oleh Blogger.