Udang dan Daging Goreng Tempoyak
Assalamu 'alaikum. Korang dah lunch ke? Kalau belum lagi, pandai-pandailah gi masak ke, beli ke, tak pun layan je gambar masakan saya kat bawah ni, hehehe... Actually, semalam punya ni, kalau mintak hari ni memang dah yilek, hehehe... Semalam mak saya takde. Ada aktiviti kat luar gitu :) Sebelum pergi, mak saya dah masakkan nasi, then suruh saya beli lauk je. Tapi, saya malas pulak nak keluar gi beli lauk tu. Then, tetiba pulak datang angin rajin nak memasak. Bertiup sepoi-sepoi je membisik ke telinga, kihkih... Yelah, time-time mak saya takde nilah boleh dok main masak-masak. Kalau mak saya ada, nanti dia bising sebab dapur bersepah, hehehe...
Actually, saya tak plan pun nak masak apa. Tengok dulu apa bahan-bahan yang ada dalam peti ais tu. Paling basic pun mestilah ada bawang besar, bawang putih dan cili padi kan. So, lepas tengok apa bahan-bahan yang ada tu, dok preparelah apa yang patut. Sambil tumis bawang dan cili dok ingat nak tambah benda nilah, dok ingat nak tambah benda tulah. Maka caca marbalah jadinya, hehehe... Anyway, AlhamdulilLah percubaan campak-campak kali ni, walaupun caca marba jadinya, boleh gak dianggap berjaya. Sedap beb! (masuk bakul angkat sendiri, hehehe...) Berpeluh dibuatnya... Oklah, dipersembahkan buat anda semua 'udang dan daging goreng tempoyak'. Jempot makan, hehehe...
Erm kalau nak lagi sedap kena lebihkan tempoyak dan daun kesum tu Then, kalau tambah hirisan serai dan bunga kantan lagi terangkat gitu... |
Makan dengan asam pedas jiran sebelah bagi. Perghhh!!! Hehehe... Jangan ada yang ngences pulak ye :) |
Selamat mencuba!
Leave a Comment