Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Erm, lama rasanya saya tak menganjurkan sebarang contest atau giveaway. Tetiba hati ni berbicara - "Nak anjurkan contestlah". So, tengah datang semangat ni, takleh dok tangguh-tangguh. Karang kena nyanyi lagu "Semangat yang Hilang" by XPDC pulak, hehehe... So, dengan lafaz yang mulia; Bismillahir Rahmaanir Rahiim, saya membuka tirai Contest - Fotografi Ceriakan Hidupmu!


Bagaimana contest ini akan dijalankan? 

Anda hanya perlu memuatnaik foto yang bertemakan "Ceria" di dalam entri yang bertajuk "Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!" . Di bawah foto tersebut, sertakan penerangan ringkas/ caption tentang gambar yang anda pertandingkan tu. Mudah je kan? Contohnya seperti di bawah :

Seusai sesi fotografi akhir tahun. Ada je yang mengejar paparazzi...
Paparazzi dah tak boleh cari makan, hehehe...

Ok, syarat-syaratnya pula...
  • Terbuka kepada semua blogger sahaja. Kalau anda tiada blog, silalah bina blog masing-masing ye :)
  • Contest ini bermula pada jam 1.00 pagi, 30 November 2012 dan berakhir pada jam 11.00 malam, 9 Disember 2012 16 Disember 2012
  • Keputusan in syaa Allah akan diumumkan pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2012 23 Disember 2012
  • Hanya SATU foto yang akan dipertandingkan
  • Foto yang dipertandingan mestilah bertemakan "Ceria", di dalam keadaan yang sopan dan menutup aurat (bagi yang Muslim)
  • Anda tidak semestinya menjadi subjek di dalam foto tersebut, tapi no cilok-cilok ye :)
  • Anda juga perlu memuatnaik banner contest ini di dalam entri penyertaan anda, dan back-linkkan kembali ke entri ini
  • Tinggalkan link entri penyertaan anda DI SINI
  • Penyertaan yang menggunakan blog contest, sila sertakan sekali link blog peribadi anda (jika ada)
  • Saya berhak untuk meminda syarat-syarat ini jika difikirkan perlu
  • Anda boleh tinggalkan sebarang pertanyaan pada entri ini
Hadiah-hadiahnya pula ialah :

Tempat pertama : Bahan bacaan bernilai RM50
Tempat kedua : Bahan bacaan bernilai RM30
Tempat ketiga : Bahan bacaan bernilai RM20

Ok, itu sahaja. Selamat mencuba! TQ in advanve... :)

54 ulasan

tunz berkata...

wah..best hadiahnye...nak join jugak nanti..

CikguAreefNaim berkata...

@tunz

jemputlah join ye... tq :)

gadisBunga™ berkata...

wah..insyaallah saya join. nak cari gambo nih!

CikguAreefNaim berkata...

@gadisBunga™

jemput ye :) Tq...

Nur-nba berkata...

Menarik pertandingan ni.. InsyaAllah ada kelapangan akak pun nak turut serta.

aDisH.sHidA berkata...

insyaAllah shida join...guna gambar 2 thun lepas pun boleh kan

CikguAreefNaim berkata...

@Nur-nba

jemput ye kak... tq :)

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

gambar masa baby pun leh shida... hehehe... join tau... tq :)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wahhhhh.. kena selongkar gambar ni, takut tak sempat ajer..

CikguAreefNaim berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar

jemput join ye kak, in sya allah sempat lg...

Kakzakie Purvit berkata...

Dah singkat masa kakak tak tahulah ada peluang turutserta ke tidak..

CikguAreefNaim berkata...

@Kakzakie

tkpe, klu sempat blhla join... :)

mcm belum ada sambutan, maybe dilanjutkan tarikh tutupnya...

Sunah Sakura berkata...

salam...ehem..macam best je...boleh la ajak geng mini gath join..

CikguAreefNaim berkata...

@Sunah Sakura

w'salam... jemputlah join... sy dh promote kt situ...

Unknown berkata...

Kak Nur dah pun buat entri.. Dalam entri tu ada 2 gambar.. Boleh tak hantar 2 gambar? TQ

Unknown berkata...

Maaf ye Areef akak tak perasan syarat tu.. Rupa2nya satu gambar je.. Anyway, akak dah edit balik.. TQ

maszull berkata...

assalamualaikum areef ....mama dah join contest ni yer n dah tag kat kekawan join skali...:)

EkaTikah berkata...

tompang tanye, gambar yg kite edit boleh tak? contohnye 2 gmbr digabungkan 1. boleh?

Unknown berkata...

dah join...wow! best contest mcm ni..

CikguAreefNaim berkata...

@Nur NBA

maaf, lambat reply... ye utk satu je... :)

CikguAreefNaim berkata...

@Mas Zull

w'salam... tq sudi join n tag kwn2... good luck :)

CikguAreefNaim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
CikguAreefNaim berkata...

@^^eKaTiKaH^^

nak edit gambar boleh, tp klu nak gabungkan gambar sy tak galakkan... lbh prefer satu gambar supaya lbh fokus...

CikguAreefNaim berkata...

@Fendy

tq sudi join... hrp contest ni memang menariklah...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
CikguAreefNaim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur-nba berkata...

Tq Areef.. Tak sangka akak peserta pertama. Mudah2an ada rezeki..Itu gambar anak saudara akak.. :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Natasha Amiera berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Kakcik Seroja berkata...

Sangat menarik pertandingan ini.

Hmmmm... Nanti kakcik tengok, kakcik ada tak gambar yang menceriakan. :)

Unknown berkata...

nak join jugak......he3
masih ada masa lagi...

Isma Hani berkata...

dah join!! *happy*

Unknown berkata...

nangti say nak join. tapi guna blog contest :D nanti saya bagi seklai blog persoanl ihi :)

CikguAreefNaim berkata...

Salam,

kepada yg submit link penyertaan di entri ini saya telah delete n saya dah submitkan di entri yg sepatutnya... harap maklum...

CikguAreefNaim berkata...

@Nur-nba

mudah-mudahan ada rezeki :)

CikguAreefNaim berkata...

@Kakcik Nur

tq sudi singgah blog sy... jemputlah join ye :)

CikguAreefNaim berkata...

@Remy hazza

sila3x :)

CikguAreefNaim berkata...

@Isma

tq :)

CikguAreefNaim berkata...

@shasha yacob

tkpe, boleh je :)

Lia berkata...

best ni kalau join,, hehe :)

akubiomed berkata...

Saya sudah sertai. Harap dapat terima penyertaan saya ini.

cikguHidayah berkata...

assalam..sy join..hehehe :)

CikguAreefNaim berkata...

@Lia

in sya Allah best :) jemputlah join...

CikguAreefNaim berkata...

@akubiomed

tq sudi join... good luck :)

CikguAreefNaim berkata...

@nHar

w'salam... tq sudi join, good luck :)

Ummi Hanie berkata...

insyaAllah nak join... byk koleksi gambar anak2 ni ;)

musang berjanggut berkata...

alah..dah nak ttup dah..
bleh lanjutkan lg tak..
huhu..

CikguAreefNaim berkata...

@Ummi HaniE Annisa

jemput join ye... sempat lg ni...

CikguAreefNaim berkata...

@musang berjanggut

sempat lg ni... ada 2 hari lg... tkleh nak lanjutkan sbb dh lanjutkan sekali... jemput ye :)

Eedi Aziz berkata...

wah baguss contest ni...memg manarik n tertarik...bleh join kan?...hihi...pepun salam blogger...jemputla ke entri "pengemis cinta"....

Eedi Aziz berkata...

alahai kantoi...dah tamat tempoh....rugi btol..

CikguAreefNaim berkata...

@Eedi Aziz

tq sudi singgah sini... tkpe, in syaa allah lain kali ada rezeki leh join...

Eedi Aziz berkata...

terima kasih kembali bro....next time gerenti join....

CikguAreefNaim berkata...

@Eedi Aziz

in syaa allah, tq :)

Dikuasakan oleh Blogger.