Hari Pertama UPSR 2009

Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR untuk tahun 2009. Hari yang pertama. Untuk peperiksaan UPSR di sekolah saya, saya telah ditugaskan untuk menyediakan keperluan pembesar suara pada setiap pagi. Setelah itu, membacakan doa sebelum murid-murid masuk ke dalam dewan peperiksaan.
lk
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid belum menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang murid yang akan menghadapi peperiksaan. Secara kesimpulannya, mereka belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Mungkin mereka belum mengenal apa ertinya sebuah peperiksaan sepertimana mereka yang akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar seperti PMR, SPM dan juga peperiksaan di IPT.
lk
Mereka masih lagi bergurau senda dan berbual-bual perkara yang langsung tidak berkaitan dengan peperiksaan. Sudah diarahkan menyediakan alatan tulis sedari awal, tapi pada saat-saat akhir masih ada yang penselnya tumpul. Disuruh beratur mengikut angka giliran pun agak lambat. Hai anak-anak muridku... Mungkin ini hari pertama. Belum kenal rentak... Tapi, tak semuanya begitu. Biasalah dalam setandan pisang, pasti ada sebiji yang busuk kan.
lk
Setelah murid-murid masuk ke dalam dewan peperiksaan, saya dan guru-guru agama yang lain, bersama murid-murid tahun 4 dan 5 berkumpul di surau untuk melaksanakan solat hajat, membaca yaasin dan tahlil dan berzikir munajat pada setiap kali peperiksaan dilaksanakan. AlhamdulilLah, hari ini 3 kali yaasin dan tahlil dibacakan untuk 3 sesi peperiksaan pada hari yang pertama ni.
lk
Terima kasih kepada yang telah menjayakan majlis ini; Guru Besar yang sentiasa bersama, guru-guru, ibu bapa, pihak pengurusan Felda dan murid-murid yang terlibat. Walaupun agak letih, ditambah dengan 'aktiviti main-main' (biasalah budak2 kan, panas hati gak dibuatnya), mudah-mudahan segala hajat dan doa akan didengar oleh Allah S.W.T. dan diperkenankan oleh-Nya. In sya Allah...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.