Senarai Semak Menghadapi Peperiksaan

Senarai semak menghadapi peperiksaan ini adalah antara yang terkandung di dalam risalah yang saya sediakan untuk murid-murid tahun 6 sekolah saya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Saya peroleh dari http://kaunselingredza.blogspot.com. Saya kiranya ianya tips yang amat baik untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
lk
SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
lk
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
~Menyemak jadual peperiksaan untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya.
~Sediakan dan menyemak keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, dan sebagainya.
~Membuat ulangkaji terakhir (nota – nota penting sahaja).
~Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
~Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
~Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
~Maafkan semua orang dan berdoa sebelum tidur. Minta ibu bapa/ keluarga kejutkan untuk bangun awal.
~Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.
lk
PAGI HARI PEPERIKSAAN
~Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian (solat, berdoa dan sebagainya).
~Ceria, tenang dan berfikiran positif tentang peperiksaan.
~Memohon restu (doa) daripada ibu bapa.
~Datang ke sekolah lebih awal.
~Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa.
~Duduk di dalam dewan peperiksaan dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat. Mulakan menjawab soalan dengan lafaz BismilLah dan doa.
lk
MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
~Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang peruntukkan.
~Membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali sebelum menjawab.
~Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul.
~Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya.
~Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawapan di kertas soalan.
~Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
~Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
~Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
~Semak semula pengisian nama, no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.
lk
MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF
~Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan. ~Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab.
~Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
~Tandakan semua soalan-soalan yang diyakini boleh dijawab.
~Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
~Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
~Pembahagian masa untuk setiap soalan.
~Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan.
~Tenangkan fikiran semasa menjawab.
~Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
~Semak semula pengisian no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab dan ikat dengan kuat dan kemas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.