Bagaimana Akhirnya Saya Menjadi Seorang Guru

Ini adalah entri khas sempena pengesahan jawatan saya sebagai Pegawai Pekhidmatan Pendidikan DG41. Heheheh. Asyik2 entri "macam bagus" je ye. Kan saya dah bagitau sebelum ni, tujuan utama saya menulis di Elhaamy ni, bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk membangga-banggakan diri. Tetapi, hanya sekadar coretan untuk kenangan di masa hadapan. Dan harap-harap mungkin ada sedikit yang dapat dikongsikan bersama...
lk
Semasa di tingkatan 4, saya telah memilih pengajian di dalam aliran Sastera Agama, sebabnya saya tak layak untuk memilih aliran Sains kerana saya hanya mendapat A untuk subjek Matematik dan B untuk subjek Sains semasa peperiksaan PMR. Dan saya tak terniat pun untuk membuat rayuan. Yang penting, semua ilmu sama pentingnya. Tetapi kekadang tu terasa gak, bila ada orang yang menganggap pelajar-pelajar kelas agama ni adalah pelajar yang ketinggalan, dan kurang berjaya. Di kalangan guru sendiri, ada yang beranggapan begitu. Sesungguhnya agenda perang saraf; agenda zionis telah berjaya menakluki pemikiran orang-orang Islam.
lk
Walaupun saya berada di dalam aliran agama, tidak terfikir pun suatu hari nanti saya akan bergelar sebagai seorang guru, apatah lagi seorang ustaz sebab saya sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.
lk
Semasa mendapat keputusan SPM, AlhamdulilLah saya telah mendapat keputusan yang amat cemerlang, 6 Agregat (7A), dan saya muncul sebagai pelajar terbaik SPM bagi sekolah saya. Teori yang saya buat sebelum tu, UPSR saya dapat 4A, PMR dapat 5A, SPM mestilah dapat 6 Agregat. AlhamdulilLah, saya berjaya membuktikannya. Heheheh...
lk
Masa tu, saya masih terfikir-fikir untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perakaunan. Tapi, atas nasihat beberapa orang guru, saya telah mengubah fikiran untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama kerana memikirkan kurang sekali agamawan yang dapat dihasilkan daripada sekolah agama sendiri. Ibu bapa saya pun, tak pernah menentukan hala tuju hidup saya. Mereka memberi hak yang sepenuhnya kepada saya untuk membuat keputusan.
lk
Akhirnya, semasa mengisi borang UPU, saya telah memilih untuk meneruskan pengajian di UM di dalam bidang Syariah sebagai pilihan pertama dan bidang Perakaunan di UiTM sebagai pilihan kelima (Hehehe, masih ada hati tu). Dah rezeki saya untuk meneruskan pengajian di dalam bidang agama di UM. Kena masuk dulu Kampus Nilam Puri untuk program Integrasi. Masa tu belum pilih jabatan lagi. Dan saya dapat tahu gak, untuk bahagian Syariah ni ada program-program yang menghampiri impian saya sebelum ni, iaitu program Sarjana Muda Syariah (Ekonomi) dan Sarjana Muda Syariah (Pengurusan).
lk
Tapi, semasa di main campus, saya telah membuat keputusan untuk memilih Jabatan Siasah Syar'iyyah. Keputusan yang memeranjatkan ramai kawan baik saya. Bagi saya persoalan kerja bukan lagi persoalan utama. Yang penting adalah persoalan ilmu. Kerana pada masa itu, Jabatan Siasah Syar'iyyah adalah jabatan yang paling kurang pelajarnya. Mujur sahaja tidak ditutup. Tetapi saya bukanlah faqih sangat, tapi kalau ada orang bertanya bab2 Siasah Syar'iyyah ni, kalau saya tak tau nak jawab, bolehla rujuk buku-buku yang saya miliki.
lk
Saya tamat pengajian di UM pada bulan Oktober tahun 2004. Nak tunggu konvo lama gak, bulan 8 tahun 2005. So, saya cuba2 la nasib mencari pekerjaan yang bersesuaian. Macam2 kerja saya mintak, walaupun bukan dalam bidang agama. Sebab saya melihat banyak pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Semua orang boleh mencuba. Tahun 2004 tu, saya menghadiri temuduga j-QAF yang kali pertama diadakan. Tetapi, bukan rezeki saya kerana pada masa itu saya belum konvo lagi.
lk
So, saya pernah kerja di Pizza Hut di Bangsar (hanya 3 hari), Kenny Rogers di KL Sentral, mengajar tuisyen di kolej, bekerja sebagai Patient Service di Pantai Medical Centre, sebagai sukarelawan di Pusat Sains Negara dan Petrosains di KLCC dan akhirnya menyertai Skim Latihan Graduan di UiTM.
lk
Pernah gakla ditipu agen pekerjaan yang suka mengambil kesempatan atas joob seekers yang terdesak mencari pekerjaan. Saya pernah gak menghadiri temuduga sebagai pegawai bank, temuduga Petronas (berjaya disenarai pendekkan) dan saya juga telah berjaya mendapat jawatan sebagai wartawan akhbar Kosmo (tapi saya tolak, dok fikir benda2 yang tak baik jer).
lk
Sebelum menyertai Skim Latihan Graduan tu, ingat nak buat DAIJ di USIM. Tapi, dah dapat tawaran Skim Latihan Graduan terus je terima. And, saya menjalani latihan praktikal Skim Latihan Graduan di Majlis Agama Islam Johor. Tapi, masa kat sini dah rasa takde harapan untuk dapat kerja kat sini. Sebab berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan yang bekerja di situ adalah sedara mara sepupu sepapat. Sapala saya yang takde sesape sedara mara kat situ. Sampaikan ada jawatan berkaitan agama pun dijawat oleh orang yang bukan dalam bidang agama; sebab dia sedara kepada seseorang di situ. Sungguh boring praktikal di sini.
lk
Dalam bulan 1 tahun 2006, masa tu belum habis praktikal lagi. AlhamdulilLah, saya dapat tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI j-QAF). Saya ambil keputusan untuk terima walaupun pada awalnya agak terkilan sebab dapat dekat ngan kampung sendiri. Sebab saya belum puas merantau. Tapi, setiap ketentuan Allah tu, pasti ada hikmahnya kan? And sebenarnya, walaupun saya dok sibuk minta kerja sana-sini, tawaran KPLI ni la yang saya nanti-nantikan. Mungkin di sinila rezeki saya yang telah Allah tentukan...
lk
Dan sekarang telah 2 tahun 1 bulan 3 minggu dan 4 hari saya telah bergelar sebagai seorang guru sejak posting kali pertama pada 11 Julai 2007. Tapi kalau kira dah berapa tahun saya mengajar di sekolah saya sekarang ni dah masuk tahun ke-4. Dan, AlhamdulilLah, semalam saya telah mendapat pengesahan jawatan... AlhamdulilLah...

2 ulasan

aDisH.sHidA berkata...

alhamdulillah rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

alhamdulillah... :)

Dikuasakan oleh Blogger.