Doa Sempena Majlis Penutupan Seminar
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN
1st INTERNATIONAL EDUCATION POSTGRADUATE SEMINAR
KSL RESORT, JOHOR BHARU, JOHOR
24 NOVEMBER 2014.
|
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ
لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran atas iradat dan qudratMu,
yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang
berbahagia ini, di dalam Majlis Penutupan 1st International
Education Postgraduate Seminar 2014.
Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah
Segala puji buatMu yang mempermudahkan, memberkati dan
menaungi perjalanan Seminar ini dan memberi kami peluang untuk bertukar idea,
ilmu dan pandangan dalam
mewujudkan budaya penyelidikan yang menyumbang ke arah pembentukan Universiti Penyelidikan. Semoga Seminar ini menjadi pencetus
inovasi, isu-isu dan cabaran ke arah kemapanan pendidikan; seiring dengan motto
UTM “Innovative, Entreprenurial, Global”.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar
Jadikanlah ilmu yang diperoleh sepanjang mengikuti
Seminar ini sebagai ilmu yang diberkati olehMu. Jadikanlah ia juga sebagai
jalan yang dapat mendekatkan kami untuk mengenaliMu. Dan jadikanlah ia juga
sebagai mata rantai yang bermanfaat untuk kami bawa menemuiMu.
Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan
hamba-hambaMu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala
kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا
مَطْرُوْدًا وَلَا مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللّٰهِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
آمِين، آمِين، ياَ
رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Untuk memuatturun doa ini sila klik DI SINI. Moga bermanfaat.
Leave a Comment