Bertemu dan Berpisah


Setelah setahun setengah menunggu, akhirnya berjaya juga adik-adik saya ini mendapat penempatan pertama sebagai seorang guru. Mereka adalah junior saya di UTM. Sementara menunggu penempatan, mereka menyambung pengajian di peringkat Sarjana.

Sebagai tanda meraikan kejayaan juga perpisahan, saya pun bawalah mereka pi makan kfc di Aeon Taman Universiti, Skudai. AlhamdulilLah berkongsi rezeki sempena bonus yang masuk pada hari yang sama hihihi...

Di sebelah saya ialah Uzailun; orang Kelantan yang mendapat penempatan di Sabah. Di sebelahnya Izzati; orang Muar yang mendapat penempatan di Kulaijaya, Johor (kebetulan mendapat penempatan di kampung saya). Berbaju merah berkaca mata ialah Radhiah; orang Melaka yang mendapat penempatan di Sarawak. Di sebelahnya ialah Hafizah dan Liyana; kedua-duanya adalah orang Johor yang mendapat penempatan di Kulaijaya dan Johor Bharu.

Doa saya agar mereka menjadi guru yang berdedikasi dan sentiasa ikhlas serta komited dalam melaksanakan tugas. Semoga segala urusan mereka juga akan dipermudahkan Allah SWT. In syaa Allah, aamiin... Till we meet again. Fi amanilLah ilal liqa' wa ma'as salamah...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.