Khamis minggu lepas, Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Dikira sebagai hari kelepasan am di Negeri Johor. So, kebetulan semua ada kat rumah, bolehlah gi jalan-jalan kan. Lepas Zohor tu kiteorang ke Jaya Jusco Tebrau City. Saya nak cari pakaian kerja yang baru. Almaklumlah, cuti dah sampai ke penghujungnya... So, hari pertama kembali bertugas mestilah tampil dengan penuh bergaya kan? Hehehe... Lepas minum petang, beli buku dan alatulis di Harris Bookstore, solat Asar, then kiteorang meneruskan perjalanan ke Kg. Senibong, Permas Jaya, Johor. Kalau dari Jaya Jusco Tebrau City ni kira dah tak jauh sangatlah.
Apa yang ada di Kg. Senibong ni? Actually, di Kg. Senibong ni terdapat banyak seafood corner. Antara yang famous gaklah di Negeri Johor ni. Tapi, kata orang harganya a bit pricey. Tapi, seafood kat sini memang segar-segar (bagi saya yang tak pandai pilih ikan kat pasar nilah, hehehe). Tapi, kena pandai pilih kedailah. Tak selalu pun pi makan kat sini. Kebetulan baru dapat bonus, tu yang dok nak belanja family makan :) Kiteorang sampai dalam jam 6 lebih. So, duduk-duduk dulu sambil menikmati keindahan pantai. Oh ye, seafood corner kat sini semuanya atas laut tau. Tapi kat sipi-sipi tu je, takdelah sampai ke tengah laut pun, hehehe. Dari sini, kita boleh nampak Singapore gak (saya check kat GPS yang kita boleh nampak tu area Sembawang). Erm, satu lagi lupa nak bagitau, kat sini dikenakan bayaran RM2 untuk tempat parking. Agak mahal gak kan? Huhuhu...
Then, kiteorang gi solat Maghrib dulu. On the way nak gi masjid tulah dok nampak orang jual durian crepe. Excited sangat, sebab dah lama mengidam, hehehe... Kampung ni kecik je. So dekat-dekat je tempat parking, masjid ngan seafood corner tu. Tandas awam pun ada disediakan.
|
Seberang sana tulah Singapore |
|
Kedai makan pertama yang akan kita jumpa dari tempat parking Kedai nasi lemak berlauk - saya belum pernah cuba lagi |
|
SSS - Ada orang review kata ok, kawan saya pulak kata tak ok... Erm, entahlah... Tekak lain-lain kan... |
6 Corner. Nilah kedai makan pilihan saya. Actually, ni kali ke-3 saya makan kat kedai ni. Kali pertama datang tu, saya dok baca review dari Blog Jom Makan2 Bersama Sheikh Papa-Ntiq. Tengok review macam ok je. Tu dok try kat sini. AlhamdulilLah, memang ok. So malas nak try kedai lain dah. Sebelum ni, saya penah try kedai lain, but it's not recommendedlah...
|
Hai! |
|
Siput gong-gong masak stim limau - 0.5kg (RM20) |
|
Tomyam untuk seorang makan - RM5 |
|
Asparagus goreng belacan - RM8 |
|
Air asam boi - satu jug RM15 |
|
Kacang rebus - RM6 Ni stall kacang rebus dan pepes ikan yang hantar Kalau pepes ikan tu memang recommended Dia buat style otak-otak tapi kecik-kecik je
(Kat blog Papa-Ntiq ada gambarnya) |
|
Lobster masak stim telur - 0.3kg (RM44.10) |
|
Jenahak masak 3 rasa - 0.6kg (RM39.33) |
|
Ketam masak telur masin - 0.3kg (RM27.30) |
Plus nasi putih untuk 4 orang RM6. Jumlah keseluruhan tak termasuk kacang rebus RM164.75. Tapi, dapat diskaun, kena bayar RM160 je. Erm, sesekali bolehlah kan? Hehehe...
|
Pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 |
Leave a Comment