Pagi tadi hadir ke sekolah untuk Mesyuarat Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab. Seronok pulak bermeeting pagi tadi. Selalu tu rasa cepat-cepat je nak tamatkan meeting, tapi pagi tadi boleh pulak sampai terlajak masa, hehehe... Pelbagai perkara yang kami bincangkan, rancangkan dan putuskan bersama. Mudah-mudahan Tahun 2013 ni kami lebih sukses; di dalam menjalankan amanah menabur bakti dan budi buat anak-anak didik kami... In syaa Allah, aamiin...
Dalam jam 11.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke Johor Bharu. Ada majlis jamuan makan tengahari di Cafe Para-Para, Hotel Grand Paragon, Johor Bharu sempena meraikan kecemerlangan di dalam Peperiksaan UPSR Tahun 2012. AlhamdulilLah...
Actually, ini kali pertama kami mengadakan majlis jamuan makan di sini. Erm, ok gak kat sini. Menu-menu yang disediakan pun semuanya best. Tapi, tak larat pulak nak rasa semua menu yang disediakan tu, hehehe... Jom tengok apa yang saya makan!
|
Pinggan pertama |
|
Pinggan kedua |
|
Pinggan ketiga |
|
Pinggan keempat... Ni yang last, hehehe... |
Leave a Comment