From Kulai to JB

Last week, selesai urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kluang, then singgah di Pekan Air Hitam jap, balik kampung di Simpang Rengam jap, then terus dapat idea untuk saja jalan-jalan naik keretapi dari Kulai ke JB Sentral. Dapat tiket jam 2.49 petang dengan harga RM11 sehala. Ada tiket yang harganya lebih murah, tapi waktu lainlah and jenis takde nombor tempat duduk. Tapi, gedebak-gedebuk jam 3.15 ke 3.20 petang gak baru jalan. Yelah tren nak tukar landasanlah, nak bagi laluan tren ke Kuala Lumpur dululah, semua tu dah ambil masa. Sekonyong-konyong tren dah jalan, duduklah diam-diam menikmati pemandangan di luar tren tu kan. Hehehe...




Sampai di JB Sentral lebih kurang jam 4.00 petang. So, jalan-jalan dulu dalam City Square yang terletak bersebelahan je dengan JB Sentral ni. City Square ni ala-ala Midvalley kat Kuala Lumpur tu. Tempat ni bukan pilihan saya as golongan marhaen :) Nak cuci-cuci mata oklah! Tapi sempat gak beli kasut sekolah untuk adik saya sebab ada diskaun 50% dan berjenama gaklah. Budak sekarang ni, beli kasut sekolah pun dah pandai pilih jenama yang dia nak. Huhuhu...

Bangunan JB Sentral

Di dalam City Square

Lepas dah jalan-jalan dalam City Square tu, pi minum petang pulak. Hah, yang ni saya buat entri lain pulak nanti ye. Dalam jam 5.30 petang, kiteorang decide nak balik Kulai dah. Time balik ni, kiteorang naik bas pulak. Sebab refer jadual tren nak balik Kulai jam 7.00 malam. So, susah pulak nak solat dalam tren tu nanti (walaupun sebenarnya boleh je). Erm, tapi ok gak balik naik bas ni. Sebab, dah lama gak tak rasa naik public transport kat JB ni. Kalau dulu-dulu memang selalu sangat. Kira macam menggamit nostalgialah ni, hehehe...

Pemandangan di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bharu

Dalam bas...

18 ulasan

NA.M berkata...

waah2.. rajennya jalan2.. huhu

aDisH.sHidA berkata...

shda dah lama x naik bas local huhu..

lepas nie kalau nak g sedenak boleh la kan naik tren...

pengalaman tu penting kan....nanti wat rombongan tau naik tren sampai kedah

CikguAreefNaim berkata...

@mizz_aainaa

ala cuti2 sekolah ni kan... kebetulan keluar n adik tu cuti, so jln2lah...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

tulah, sy pun dh lama...

boleh, nnti suruh cikmat jemput, hehehe...

erm, tulah tringin gak nak baik tuk perjalan jauh... last dulu wakaf bharu - kluang.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ni namanya jalan-jalan cari makwe, eh??? hiks

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak ada angan-angan nak naik keretapi juga cikgu. Seumur hidup kakak tak pernah naik. Kalau LRT selalu sebab S'pore kan banyak.

Macam seronok juga bila kakak lihat gambar yg cikgu snap tu..

k.nana berkata...

bestkan naik train...bonda last naik masa balik dr kedah..fuhhh nikmat kan....hehehehe

Yong Zahura berkata...

Eh? Baru tau dari kulai ada train ke JB.. haha.. thanks a lot for this info.

by the way, saja nak cakap. kali ni masih ke PKG Sg Sayong lagi :)

tapi tak perlu la tanya jalan dah. hehe.

CikguAreefNaim berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar

jalan2 cari menantulah kak, sbb mak sy pun ada sekali, hehehe...

CikguAreefNaim berkata...

@Kakzakie

boleh naik saje2 nnti... tp klu nak dibandingkan ngan mrt kat spore lg sistematik...

seronok gaklah... sesekali kan... :)

CikguAreefNaim berkata...

@DuNia KeBaHaGiaaNKu.......

yg ni dekat je... klu jauh bru best... sy paling jauh wakaf bharu - kluang, kluang - wakaf bharu...

CikguAreefNaim berkata...

@Yong Zahura

ha'ah, sbb dia tersorok sikit... dekat je ngan bus stand kulai...

ooo singgah sekola sy lg ek... leh lah gi makan kat citarasa rinduan...

Yong Zahura berkata...

boleh bagi link blog Kak Ayu Citarasa Rinduan tu tak?

nanti boleh tegur-tegur.

Isnin ni baru ke Sg Sayong. Hehe.

citarasa rinduan berkata...

jelesnyaaaa

k.ayu berangan tau nak kesana..

wawawaw

citarasa rinduan berkata...

naik trend sambil tenangkan hati layan suasana..

jeles2

CikguAreefNaim berkata...

@Yong Zahura

ni kat bwh komen cikgu, kak ayu ada komen... tulah, blh berkenalan nnti...

CikguAreefNaim berkata...

@citarasa rinduan

jom kita gathering naik keretapi pulak, hehehe...

Yong Zahura berkata...

Okay, dah follow citarasa rinduan.

dah kenal jugak dgn tuan dia :)

Dikuasakan oleh Blogger.