A Vacation to Singapore : Part 3

Part 1. Part 2. Ok, lepas dah selesai jalan-jalan and shopping kat Pagoda Street, then dah solat jama' di Masjid Jamae Chulia, kami kembali semula ke Stesen MRT Chinatown untuk meneruskan perjalanan ke Little India pula. Di Stesen MRT Chinatown ni, saya membeli Singapore Tourist Pass. Pass ni berharga SGD20 (refund SGD10) untuk perjalanan sehari tanpa had samada dengan menaiki MRT, LRT dan perkhidmatan bas asas. Saya beli pass sehari je, sebab hari pertama ni memang banyak sikit naik MRT dan bas, so jimat sikitlah kalau guna pass ni. Then, hanya Stesen-Stesen tertentu sahaja yang menjual pass ni. Salah satunya adalah Stesen MRT Chinatown ni.

Untuk ke Little India, kami naik MRT ke Stesen MRT Farrer Park. Kedua-dua Stesen ni sama haluan (North East Line), so tak perlu interchange. Kalau di Chinatown, mostly yang akan kita jumpa adalah Chinese, di Little India ni pula mostly adalah Indian. Saya pernah pergi ke sini pada hari minggu, erm memang penuh orang India kat sini. Rasa macam kat Negara India pula, hehehe...

Nampak basikal ni kat luar Stesen

Antara shopping complex yang terdapat di area Little India ni

Last makan berat sebelum bertolak ke Singapore pagi tadi. Sebenarnya, plan nak bawak bekal. Tapi, dok memikirkan payah je nak bawak, so cancel je plan tu. Then, sampai kat Little India ni, terasa laparlah pulak. Yelah, masa ni dah dekat jam 2 lebih petang. Kat Little India ni banyak kedai makan mamak. Tapi, kalau nak makan tu pilihlah yang ada logo MUIS ye. Then, toksalah dok convert SGD to RM. Mahu tak lalu nak makan nanti, hehehe...

Kami makan kat sini

So, tanpa berfikir panjang terus masuk ke Restoren ni. Kami order set nasi putih, capati, roti naan, ayam tandoori, teh tarik, mango jus dan ice lemon tea. Kami makan berkongsi untuk 4 orang.

Set nasi putih

Didatangkan bersama set nasi putih
Pencuci mulut dan kuah (rasa dia masam-masam)

Chicken tandoori
Cicahannya dia tu macam paste limau

Licin licau, hehehe...

Nak tahu berapa harga semua yang kami makan ni? Kesemuanya berharga SGD21.40. Lebih kurang RM53.64. Huhuhu. So, kalau nak lalu makan ingat yang nilai SGD tu je, hehehe...

Bangunan-bangunan sekitar Little India ni

Then, lepas makan kami singgah ke Mustafa Centre. Sebelah Restoren tempat kami makan tu je. Mustafa Centre ni dibuka 24 jam. Macam-macam barang ada dijual di sini. Dari segi harga saya tak pasti samada murah atau sebaliknya. Cumanya, yang saya dengar harga perfume yang dijual di sini lebih murah berbanding harga di Malaysia. Kali ke-2 saya datang ke Singapore, saya bermalam di hotel sekitar Little India ni (tapi hotel saya bermalam tu not recommendedlah). Last minute plan. Memang tak bawa pakaian tambahan pun. So, kat Mustafa Center nilah pi beli pakaian tambahan tu. Lepas Subuh kiteorang pi beli, hehehe...


Bangunan utama Mustafa Centre

Kedua-dua bangunan tu adalah Mustafa Centre

Pintu 3 exit dari bangunan utama
Pintu 4 entrance untuk ke bangunan satu lagi tu
Actually, macam-macam ada, saya ambil gambar sikit je...

Sebelum jumpa Restoren tempat saya makan tu, then Mustafa Centre
Kita jumpa Serangoon Plaza ni dulu

Ok, selesai cuci-cuci mata kat Mustafa Centre tu, kiteorang singah di Masjid Angullia di Jalan Serangoon. Dekat je dengan Serangoon Plaza tu. Depan Masjid ni pun, ada Restoren yang sama dengan tempat yang saya makan tu. Erm, singgah rehat-rehat jap sambil mem'buang' apa yang patut, hehehe... Tandas dia memang bersih dan selesa. Memang saya tabik! Masa ni, semua dah sakit kaki sebab banyak berjalan. So, tulah ambik masa singgah sini untuk berehat and sapu-sapu minyak gamat kat kaki yang sakit tu, hehehe... Actually, memang dalam itinerary saya untuk singgah Masjid ni.


Dah puas berehat, kami kembali semula ke Stesen MRT Farrer Park untuk meneruskan perjalanan ke Gardens By The Bay. Bersambung lagilah ye, hehehe... Daaa...

ParkRoyal Hotel
Kalau rasa duit tu dah terlebih, bolehlah bermalam kat sini, hehehe...

2 ulasan

Eedi Aziz berkata...

jalan sakan bro...:)

CikguAreefNaim berkata...

@Eedi Aziz

ala entrinya yg tk abis2, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.