Bulan-Bulan Islam


Assalamu 'alaikum pembuka bicara
Bicara yang mudah-mudahan tiada sia-sianya
In sya Allah...

Salam Ma'al Hijrah 1432
Moga Muharram ini menjadi titik tolak
Bermula sebuah kehidupan yang lebih baik
Yang bukan sahaja
Baik untuk kehidupan di dunia
Tapi baik juga untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi

Sempena Muharram ini
Jom kita layan klip video di atas ini
Bulan-bulan Islam

Saya sendiri jarang sekali melazimi kehidupan
Dengan meraikan bulan-bulan Islam ini
Dek kerana terlalu banyak urusan
Yang bertarikhkan Masihi
Tidak Hijri

Tapi itu bukan alasan
Untuk kita melupakan peranan bulan-bulan Islam ini
Yang banyak mencaturkan kehidupan kita
Sebagai seorang yang bergelar Muslim

2 ulasan

Unknown berkata...

salam cikgu..

itulah yang terjadi pada diri saya..walhal saya tahu kewujudan bulan islam..ingat dan amalkan sunah2 yang digalakkan dalam bulan islam..

tapi, entah mengapa boleh terlupa tiba2...walhal entry ttg hijrah saya war-warkan..


terima kasih berkongsi yer...sama-sama mengingati sesama kita, dan pesan-berpesanlah walau 1 ayat

CikguAreefNaim berkata...

wsalam kak ayu,

klu kita sebut pasal ma'al hijrah ni byk cakupanny... betullah tu klu kak ayu kata cerita pasal hijrah...

blog sy ni dulu namany elhaamy... tp sy rebranding kpd hijrah pd 1 muharram 1431h yg lalu... kira setahun dahla nama hijrah ni...

klu kak ayu ada tgk kat lagu ma'al hijrah, tulah pengisianny...

Dikuasakan oleh Blogger.