@ Jambatan Tengku Fisabilillah, Jambatan Barelang




Pemandangan Jambatan Tengku Fisabilillah daripada Jambatan Nara Singa

Jambatan Barelang (singkatan nama Batam, Rempang dan Galang) adalah nama jambatan yang menghubungkan Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Masyarakat setempat menyebutnya "Jambatan Barelang". Namun ada juga yang menyebutnya "Jambatan Habibie", sempena nama bekas Presiden Indonesia B.J. Habibie yang telah mempelopori idea untuk memperkasakan pembangunan jambatan ini bagi tujuan fasiliti ketiga-tiga pulau tersebut (Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang) untuk dikembangkan menjadi wilayah industri di Kepulauan Riau. Ketiga-tiga pulau tersebut kini adalah termasuk di dalam Provinsi Kepulauan Riau.

Jambatan Barelang terdiri daripada 6 buah jambatan iaitu :

Jambatan Tengku Fisabilillah (jambatan I), jambatan yang terbesar
Jambatan Nara Singa (jambatan II)
Jambatan Raja Ali Haji (jambatan III)
Jambatan Sultan Zainal Abidin (jambatan IV)
Jambatan Tuanku Tambusai (jambatan V)
Jambatan Raja Kecik (jambatan VI)

Sumber diperoleh di sini.





Rakaman video percutian ke Pulau Batam pada 29 Mei 2010 yang lalu
Paparan video adalah untuk tujuan informasi semata-mata

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.