Pelemah Urat





Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Moga semuanya sentiasa berada di dalam keadaan
Yang sihat, ceria dan gembira selalu
Dan yang paling penting
Moga kita semua sentiasa berada
Di bawah naungan dan lindungan Allah SWT jua
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jom saya kongsikan gambar flora di atas ni
Ia dirakamkan sewaktu saya menyertai aktiviti jungle trekking
Di Gunung Muntahak, Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor
Pada 22 November 2010 yang lalu

Menurut En. Katon Danny
Yang berperanan sebagai guide di dalam aktiviti jungle trekking ni
Katanya :
Orang Melayu memanggilnya keladi murai
Orang Asli memanggilnya pelemah urat
Ia adalah sejenis pokok herba
Menyerupai pokok keladi
Ia boleh ditanam sebagai pokok hiasan di rumah mahupun di taman
Bunganya cantik
Ada orang memanggilnya bunga lili hutan
Buahnya seperti belimbing dan berbentuk bintang

Sekian, perkongsian saya untuk hari ini
Tata, titi, tutu
Hehehe...

6 ulasan

IMANSHAH berkata...

salam

semakin cantik gamba2 yang diambil tu..tahniah

CikguAreefNaim berkata...

wsalam cikgu iman,

gambar ni cantik bkn sbb photographerny, tp sebab bunga tu yg cantik kan, hehehe...

patutnya, sy kena ambil byk angle, baru leh dpt gambaran keseluruhan tumbuhan ni, huhu...

anyway, tq cikgu iman...

Unknown berkata...

salam...
cikgu

kegunaan utk manusia apa agaknya yer?
nak tahu juga...


betul kata cikgu iman...cikgu pandai shoot pic..actually...trisno, chot,kukubesi adalah photografer terkenal dimalaysia

trisno pula photografer yang selalu sediakan bengkel di johor...awal tahun depan bengkel di mersing, harap cikgu attend

hentian berkata...

masa IM daki gunung tahan satu flora pun tak jumpa..

CikguAreefNaim berkata...

Wsalam kak ayu...

sy tak sure kegunaan flora ni selain yg sy nyatakan tu... in sya allah, akan sy tanya tanyakan pd en katon danny tu...

sy masih belajar bab2 photoshoot ni kak...

wah, kak sy nak mklumat lanjut ttg bengkel tu...

CikguAreefNaim berkata...

IM,

IM tak jupe flora tu, sbb matlamat IM hanya tuk mendaki...

sy lak sambil mendaki, sambil photoshoot tu yg jd moto ms mendaki tu... "apa2 hal, kamera selamatkan dulu", hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.