TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN
KURSUS IMAM PELAPIS
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR
TAHUN 2009
DI SMK BANDAR TENGGARA
2, KULAI, JOHOR
16 0GOS 2009
1
Mengumumkan, ketibaan
Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, Ketua Penolong
Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
2
Dari Raub pergi ke
Pontian
Terus pula ke Kuala
Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon kami mulakan
Majlis.
BismilLahirRahmanirRahim
Assalamu `alaikum wa
RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berbahagia
Tn. Hj. Mohd Basari bin
Hj. Abd. Manan
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri
Johor
Yang Berusaha
En. Anuar bin Jais
Timbalan Pegawai
Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah
Kulai
selaku wakil rasmi
Pegawai Pelajaran Daerah
Kulai
Yang Berusaha
En. Khairudin bin
Mustafa
Guru Penolong Kanan 1
SMK Bandar Tenggara 2
selaku wakil kepada Tuan
Rumah
Yang Berusaha
Ustaz Omar bin Salleh
Ketua Unit Operasi
Dakwah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri
Johor
Yang Dihormati
Pegawai-Pegawai daripada
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Pegawai-Pegawai daripada
Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah
barisan Pengetua
Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor
Tahun 2009
barisan Fasilitator
Guru-Guru Pengiring
Peserta-Peserta Kursus
hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
3
Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Kursus Imam Pelapis
Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.
4
Melayang serindit di
atas permatang
Merbah berkicau di
hujung muara
Pemanis kata selamat
datang
Awal BismilLah pembuka
bicara.
Sarung ketupat berisi
inti
Dibawa budak sambil
berlari
Kehadiran semua sangat
dihargai
Moga Majlis bertambah
seri.
Alhamdulillah, seiring
kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan
Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri
Johor Tahun 2009.
Majlis jua ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Tn.
Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan
Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana sudi hadir merasmikan Majlis
Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor
Tahun 2009 pada pagi/ tengahari yang berbahagia ini.
5
Hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian,
Bunga mawar cantik
tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon
Rahmat
Moga Majlis sentiasa
diberkati.
Bagi menambah keberkatan
Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Haziq bin
Kamaruddin wakil daripada Daerah Batu Pahat.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal
`Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Saudara Mohd Haziq bin Kamaruddin atas bacaan doa itu tadi.
6
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Kursus Imam Pelapis
Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 merupakan Program
yang dianjurkan oleh Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor, yang menghimpunkan wakil-wakil pelajar daripada
sekolah-sekolah berasrama di Negeri Johor ini.
Antara objektif Program
ini diadakan adalah untuk melahirkan imam yang berilmu, bersahsiah dan
berkualiti tinggi.
Indah mekar si bunga
kiambang
Mekar mewangi di taman
larangan
Kursus Imam Pelapis
harapannya gemilang
Melahirkan pemimpin
ummah, beriltizam lagi berketrampilan.
7
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Marilah sama-sama kita
saksikan persembahan multimedia berkenaan dengan perjalanan Kursus Imam Pelapis
Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 yang telah
berlangsung mulai 14 hingga 16 Ogos 2009.
8
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Tak molek jika ada alu
tiada lesungnya
Tak berguna jika ada
dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa
amalnya
Tak lengkaplah Majlis
jika tidak ada yang berbicara.
Majlis dengan ini ingin
mempersilakan kepada Saudara Haiqal Syafiq bin Mohd Tahar, selaku Penghulu bagi
Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009
untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan
kepada Saudara Haiqal Syafiq bin Mohd Tahar atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
9
Seterusnya, marilah
sama-sama kita dengarkan ucapan aluan daripada Yang Berusaha En. Anuar bin
Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Dipersilakan
Tuan.
Terima kasih diucapkan
kepada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais atas ucapan alu-aluan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
10
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Kini, tibalah masanya
untuk kita sama-sama dengarkan ucapan perasmian penutup Kursus Imam Pelapis
Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Untuk itu, Majlis
ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan,
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri
Johor untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan Tuan.
Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd.
Manan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
11
Hadirin dan hadirat Yang
DiRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian sijil dan hadiah.
Untuk menyempurnakan
upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Yang Berusaha En. Anuar bin Jais, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd
Basari bin Hj. Abdul Manan. Dipersilakan Tuan.
12
Kita mulakan dengan
penyampaian sijil penyertaan kepada wakil setiap Daerah.
Dipersilakan wakil
daripada Daerah Kulai
diteruskan dengan wakil
daripada Daerah Johor Bharu
dipersilakan wakil
daripada Daerah Pasir Gudang
dipersilakan wakil
daripada Daerah Kota Tinggi
dipersilakan wakil
daripada Derah Kluang
dipersilakan wakil
daripada Daerah Batu Pahat
dipersilakan wakil
daripada Daerah Muar
dipersilakan wakil
daripada Daerah Segamat
dipersilakan wakil
daripada Daerah Mersing
dan dipersilakan wakil
daripada Daerah Pontian.
Seterusnya adalah
penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Kursus
Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.
Untuk itu, dipersilakan
kepada Ustaz Aliff Ma’arof bin Sanan untuk menerima sijil penghargaan tersebut.
Seterusnya, adalah
penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta terbaik kategori lelaki
dan perempuan, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri
Johor Tahun 2009.
Untuk peserta terbaik
kategori lelaki, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri
Johor Tahun 2009 dipersilakan kepada Saudara ________________________________.
Untuk peserta terbaik
kategori perempuan, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat
Negeri Johor Tahun 2009 dipersilakan kepada Saudari
________________________________.
Dan yang terakhirnya,
adalah penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Tuan Rumah.
Untuk itu, dipersilakan
kepada Yang Berusaha En. Khairudin bin Mustafa, Guru Penolong Kanan 1, SMK
Bandar Tenggara 2 untuk menerima sijil penghargaan tersebut.
13
Terima kasih diucapkan
kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan di atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.
14
Hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian,
Sebagai tanda ucapan
terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd.
Manan, hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan
upacara perasmian penutup Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda
penghargaan kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang
Berbahagia En. Anuar bin Jais, untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Terima kasih diucapkan
kepada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaikan tanda
penghargaan sebentar tadi.
15
Hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah,
Majlis ingin merakamkan
ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin
Hj. Abd. Manan di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.
Sudah teradat si anak
lelaki
Mati berjuang, berundur
jangan
Berani kami menjunjung
adat
Bukan memberi kata dan
puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang
hayat.
Dan tiada untaian kata
yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Majlis Penutupan kita
pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam langguna tumbuh
kelapa
Terbit bunga pucuknya
mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam
hati.
16
Hadirin dan hadirat
sekalian,
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah
sampai di muara
Umpama berjalan telah
sampai di destinasi.
Para hadirin sekalian,
kita telah pun berada di hujung Majlis.
17
Dikesempatan ini, kami
ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik
kelapa
Kelapa muda si kelapa
barli
Jari disusun maaf
dipinta
Panjang usia bersua
kembali.
Bunga mawar cantik
berseri
Mekar disirami si embun
pagi
Majlis Penutupan Kursus
Imam Pelapis mengundur diri
Semoga tahun hadapan
berjumpa lagi.
Sekian sahaja, salam
hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.
18
Dijemput kepada Yang
Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj Abd. Manan diiringi dif-dif jemputan
untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan juga
kepada hadirin dan hadirat sekalian untuk turut menikmati hidangan yang telah
disediakan. Majlis bersurai.
Disediakan Oleh :
Ustaz Noor Azaref bin
Naim
SK LKTP Sungai Sayong
Kulai, Johor
Leave a Comment