Setahun Yang Lalu, Rindu, Serindu-Rindunya

Setahun yang lalu... 16 hingga 24 Ogos 2008... Tercipta suatu memori yang cukup indah; yang sukar untuk saya lupakan sampai bila2 pun. Pada ketika itu, Elhaamy sudahpun bertapak di alam maya ini. Tapi, ketika itu saya umpama blogger yang baru belajar bertatih. Serba-serbinya tidak tahu. Maka, setelah setahun ianya berlalu, maka baru ketika ini saya mahu mencoretkannya di Elhaamy ini... Bukan untuk membangga diri, menunjuk-nunjuk tidak sesekali. Tetapi sekadar mahu berkongsikan sebuah rasa; sebuah memori. Kerana saya amat merinduinya... Maka saya coretkannya di Elhaamy ini. Sebuah coretan lama...
Alhamdulillah; segala puji kepunyaan Allah, dengan keizinannya kaki ini telah melangkah ke Bumi Haram, Tanah Suci Kota Makkah dan Kota Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah (umrah sunat) di samping melakukan amalan ziarah. Terima kasih kepada emak kerana telah men'sponsor' perjalanan yang cukup indah ini.
Kami bertolak dari Kota Tinggi, Johor bersama jemaah umrah yang lain (Jemaah Asmadi Group, Kota Tinggi), pada 16 Ogos 2008, terus ke Changi Airport, Singapore. Perjalanan dari Changi Airport menaiki penerbangan Saudi Arabian terus ke Lapangan Terbang Jeddah. Tiba di Jeddah, terus menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke Madinah al-Munawwarah (Kota yang Bercahaya). 
Berada di Madinah selama 3 hari 2 malam dan seterusnya bertolak ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Berada di Makkah selama 5 hari 5 malam. Tiba di Changi Airport kembali pada 25 Ogos 2008. Inilah kupersembahkan kepada kalian memori terindahku semasa berada di sana...
Namun demikian, ia tidak dapat mengambarkan keseluruhan memori terindahku kerana ada banyak memori yang tidak dapat aku rakamkan melalui rakaman kamera, tetapi ianya kekal terakam di dalam ingatan yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di mindaku akan kenangan perjalanan yang cukup indah itu...
Aku menyeru kepada kalian, jika ada rezeki pergilah ke sana, samada mengerjakan ibadah haji dan umrah, atau umrah sunat sahaja kerana kalian akan merasai satu pengalaman yang cukup indah, sukar dibayangkan dengan kata-kata. Bagi diriku sendiri tidak sabar menunggu cuti sekolah kerana aku mengimpikan untuk ke sana lagi, walaupun ongkosnya belum pasti ada... 
Kalian juga boleh melayari internet untuk mendapatkan gambaran perjalanan indah ini daripada mereka yang sebelum ini telah menjadi tetamu Allah di bumi bertuah Makkah dan Madinah. Dan itu jugalah yang aku lakukan untuk mengubat kerinduanku... :-)
Inilah sebuah coretan si perindu. He3. Saya bukanlah seorang pengkisah yang baik. Tak pandai nak bercerita panjang. Hanya ini yang dapat dicoretkan. 









Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.