Ruang WFHku Yang Comel



Disebabkan PKPB yang entah bila akan berkesudahan, so saya ambil inisiatif untuk wujudkan ruang 'work from home' ni. Ruang ni dah siap sebelum hari raya tu lagi.

Barulah selesa untuk terus berkerja dari rumah kan? Hehehe...

Aik, nampak macam berharap untuk cuti lama lagi je?

Kita hanya bersedia!

Kalau dipanggil untuk kembali bertugas, itu sudah menjadi tanggungjawab yang perlu kita penuhi! Kalau diarahkan untuk terus berkerja dari rumah, in syaa allah setakat termampu akan cuba melaksanakan yang terbaik...

Simple! Masing-masing ada tanggungjawab kerjaya yang berbeza. Tak perlu dipertikaikan. Ke nak disenaraikan semua kerja yang saya laksanakan dari rumah sepanjang PKP dan PKPB ni? Hahaha, gurau je kihkihkih...

Tapi, serius lepas wujud ruang comel ni, rasa lebih selesa, bersemangat dan seronok je nak buat kerja. Ruang kerja saya di sekolah pun tak seselesa ni. Sebab tu, bila ada kawan tanya pada post di FB berkaitan gambar ni; cukup ke kipas besar tu je dan dia beritahu tak semangat nak kerja kalau tiada aircond, saya jawab 'ok je'. Sebab di bilik guru saya memang tiada aircond. Yang ada hanya kipas siling yang rasa sejuknya ala-ala je. Pulak tu duduk bersempit-sempit, memang tak selesa sebenarnya. Tapi kata orang, 'alah bisa tegal biasa'. Bersyukur je dengan apa yang ada hihihi...

1 ulasan

nona sani berkata...

Whoaa, sekurangnya ada ruang bekerja camni. Baguslah..hehe..saya teringin jugak, tapi buat masa ni, takda lagi...

Dikuasakan oleh Blogger.