Lontong Darat Tu Macamana Ya?

Pagi ni bawa mak pi sarapan di luar. Kebetulan, sekarang dah boleh makan di kedai dengan maksimum 2 orang satu meja kan?

Mak memang suka je bila saya ajak tu. Dah lama tak keluar katanya huhuhu...

Pagi ni saya sarapan lontong kering/darat. Mak pulak makan lontong kuah. Untuk adik 2 orang di rumah tu, saya belikan nasi ambeng. Alhamdulillah, mak kata lontong kuah yang dia makan tu sedap. Saya punya lontong pun alhamdulillah sedap hehehe...


Inilah lontong darat ataupun ada juga yang memanggilnya lontong kering. Nasi himpit yang dimakan bersama serunding kelapa, sambal kacang, rendang daging dan sayur goreng atau tumisan. Bahan-bahan sayur goreng tu sama je dengan bahan-bahan untuk memasak kuah lodeh. Tapi, sebenarnya ada macam-macam versilah lontong darat ni. Ada je yang letak lauk ayam masak merah atau kicap, sambal goreng jawa, sambal tumis dan lain-lain lagi.

Salam Jumaat al-mubarak semua!
Dah buat amalan sunat di hari Jumaat seperti memotong kuku, mandi sunat dan memperbanyakkan selawat? Kalau dah, bolehlah tambah pula dengan amalan membaca surah al-Kahfi.
Semoga diberkati dan dirahmati-Nya. Aamiin...

1 ulasan

Misya berkata...

oh baru tahu.. selalu dengar tapi tak pernah makan walhal selalu je makan lontong kuah. huhu

Dikuasakan oleh Blogger.