Prinsip Hidup Saya


Saya bukanlah orang yang hebat. Banyak kekurangan juga kelemahan. Namun, saya sentiasa menyematkan di dalam hati agar apa sahaja kebaikan yang di lakukan dapat memberikan inspirasi buat orang lain. Sama sekali tidak mengharapkan pujian! Kerana kita 'tidak hidup dengan pujian dan tidak mati dengan kejian' dan pandangan Allah itulah yang lebih perlu kita bimbangkan...

"Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat nifak (sifat-sifat orang munafik), jauhkanlah amalan kami dari sifat riak dan peliharalah pertuturan kami dari sifat kazab (membohong) juga akhlak kami dari sifat-sifat yang buruk." Aamiin Ya Rabb! 

1 ulasan

Sis Lin berkata...

Kita hanya hamba kepada DIA yang satu kan Cikgu...

Dikuasakan oleh Blogger.