Daging Basuh


Dalam bekas tu, daging lembu dan ayam. Sebenarnya, daging-daging ni dah dimasak untuk juadah 1 Syawal hari tu. Ada yang mak saya masak, ada yang dihantar oleh jiran-jiran. Tapi, yelah bila dah banyak-banyak tu kadang-kadang tak habis makan. Lagi pulak, bila dah beberapa kali makan, rasa muak dah tak nak sentuh lagi huhuhu...
So, biasanya saya akan basuh daging-daging ni dan simpan dalam peti sejuk bahagian beku. Nanti, bolehlah dimasak semula. Selalunya, goreng biasa je. Boleh jugak buat perencah mi goreng ke, serunding ke. Ikutlah citarasa masing-masing kan? Hehehe...

Saya tak pastilah berapa lama 
boleh tahan dalam freeze. Kalau yang dalam bekas tu, mak saya goreng selepas seminggu tersimpan. Alhamdulillah, ok je lagi rasanya.

Daging-daging tu ada yang saya dah basuh pada pagi 1 Syawal (jiran-jiran dah hantar petang semalamnya) dan ada yang di basuh pada malamnya. Kalau saya basuh malam tu, ada yang dah nak basi. Tapi, sebenarnya yang basi bukannya daging tu, tapi rempah atau santannya. So, jangan buang daging tu! Jangan membazir! Jom, ikut cara saya ni! Hihihi...

Kalau lauk daging tu masih elok, boleh juga disimpan terus tak perlu basuh. Boleh diperhangatkan dan makan terus. Sebab kalau macam rendang, biasanya yang disimpan lama tu lagi sedap.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.