Resepi 'Steamboat' dan Sosnya Yang Meletop!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

'Steamboat' 👨🏽‍🍳 🍜🥚🦐 ni saya masak untuk sarapan pagi masa awal-awal PKP hari tu. Dua kali jugaklah dok masak menu ni hihihi... Yang kali kedua tu, mak saya yang request. Maknanya, sedaplah kan hahaha...

Resepi ni asalnya dari Datin Shahida D'Herbs (di sini). Sama je resepinya, cuma saya makan dengan mi segera (rebus dahulu), Datin pulak makan begitu sahaja. Oh satu lagi! Datin ada letak cendawan, saya pulak letak daun bawang je kihkihkih...

Resepi kuah steambot:

☑️ Panaskan air dalam periuk.
☑️ Pecahkan telur (dalam bekas lain) dan tuangkan ke dalam periuk. Kacau rata!
☑️ Masukkan udang.
☑️ Masukkan kiub pati ayam.
☑️ Masukkan sedikit garam.
☑️ Masukkan bahan-bahan 'steamboat' yang disukai.
☑️ Tutup periuk, biarkan mendidih.
☑️ Masukkan 'golden mushroom'. Saya guna daun bawang je. So, dah siap baru saya tabur.
☑️ Tutup periuk, biarkan mendidih.
☑️ Siap!

Resepi sos:

☑️ Tumbuk cili padi hijau dan merah berserta bawang putih.
☑️ Tuangkan sos cili.

Selamat mencuba! Pasti meletop!



Percubaan kali pertama. Daun bawang je sebagai serat. Kali kedua letak sawi pulak. Tetap takde cendawan hahaha...



Ha, kalau sos ni dah buat banyak kali! Sebab mak saya suka pulak sos ni. Gambar ni pun sebenarnya sos yang dok buat semalam untuk cicahan kerang goreng dan nuget hihihi. Serius, memang sedap! Cubalah...

"Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk".

Aamiin ya Rabb...

#covid19 #pkp #kitajagakita

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.