Cepat dan Pantas!


In syaa Allah, 10 - 12 Disember ni, kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Singapura. So, nak masuk ke Singapura ni kenalah ada Passport Malaysia Antarabangsa kan... So, adik saya yang bongsu je yang belum ada lagi. Yang sorang lagi tu dah ada. Tapi dah expired, so kena renewlah... Jadinya, pagi semalam kami telah ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kluang, Johor.

Awal pagi lagi kami dah bertolak. Segala dokumen yang diperlukan pun dah disiapkan awal-awal. Kalau untuk renew, just bawa passport yang lama, gambar untuk passport 2 keping, mykad (untuk pemohon 18 tahun ke atas) dan mykad pemohon+mykad ibu/ bapa/penjaga+surat beranak (untuk pemohon 18 tahun ke bawah) dan bayaran RM100 untuk tempoh sahlaku selama 2 tahun. Bagi pemohon 18 tahun ke bawah, pemohon dan ibu/bapa/penjaga perlu hadir sekali ye. Tak boleh nak wakil-wakil... Dah siap gak isi form of application dari rumah, tapi tak diperlukan pulak...

Untuk permohonan kali pertama bagi adik saya yang bongsu tu, kena sediakan salinan fotokopi mykad pemohon (depan dan belakang), mykad ibu bapa/ penjaga (depan dan belakang) dan surat beranak. Kiteorang tak sediakan pun, sebab kat website takde bagitau pun. Tapi, nasib kata situ ada disediakan kaunter fotokopi, so senanglah sikit. Kaunter untuk bergambar pun ada disediakan. AlhamdulilLah, urusan kami semalam telah dipermudahkan. Yang menggembirakan hati saya daripada urusan mengambil nombor giliran, pemeriksaan dokumen, permohonan dan penyerahan passport hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Tak taulah kan, samada sebab orang tak ramai sangat ataupun sememangnya ia adalah polisi pengurusan. 

Dulu saya buat di Wisma Persekutuan di Jalan Air Molek, Johor Bharu, Johor. Makan berjam gaklah, huhuhu... Pen pun kena beli sendiri... Saya beli satu then wakafkan je kat orang lain. Apa-apa pun untuk urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kluang, Johor ni memang saya sangat-sangat berpuas hati. Cepat dan pantas! AlhamdulilLah... :)

2 ulasan

Unknown berkata...

aasalamualaikumm

dik. bagi alamat imegresen kluang ya

CikguAreefNaim berkata...

@Citarasa Rinduan

w'salam kak...

kak, kat bangunan wisma persekutuan yg warna kuning tu... jln ke air hitam tu...

Dikuasakan oleh Blogger.