Hadiah Yang Sangat Bermakna...

Pada 29 September 2012 yang lalu, team kalam jama'e (choral speaking in Arabic) di bawah pimpinan saya; Wardatunnuha telah mewakili daerah Kulaijaya ke Pertandingan Kalam Jama'e sempena Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 bertempat di SMK Damansara Aliff, Johor Bharu, Johor. AlhamdulilLah, di dalam Pertandingan ini Wardatunnuha telah dinobatkan sebagai Naib Johan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan samada dalam bentuk kewangan, sokongan moral, doa, komen yang membina dan lain-lain lagi. Moga Allah SWT jua yang dapat membalas jasa baik kalian, aamiin... Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan impian saya, setelah saya betul-betul 'sakit' sebelum ini :)

Kalau diikutkan, sebenarnya tahun ni saya bercadang untuk tidak menghantar penyertaan. Kerana saban tahun menghantar penyertaan, pencapaian terbaik hanya setakat mendapat tempat ke-4 di Peringkat Daerah. Rasa macam dah putus asa. Tapi, saya sendiri pun tak ingat macamana keputusan saya tu boleh berubah. Lepas naik cuti pertengahan tahun, terus kumpulkan budak, bagi teks dan latihan dimulakan. Agak tough jugalah tahun ni. Sebab sebelum ni, penyertaan hanya untuk 15 orang sahaja, tapi tahun ni dah bertambah ke 25 orang. Dan untuk tahun ni, 2 orang adalah murid lama dan bakinya adalah murid baru. Ditambah pula, ada yang menarik diri dan beberapa kali saya terpaksa mencari murid yang baru. Yelah, teks dengan panjang masa 10 minit bukan senang nak hafal, lagi pulak dalam Bahasa Arab tu... Tahun ni, memang saya all out habis-habisan. Nama kumpulan pun saya tukar daripada Wardatunnur kepada Wardatunnuha untuk memberi sentuhan yang lebih segar.

Tak sangka kali pertama beraksi di Peringkat Daerah, terus dinobatkan sebagai Juara. Entrinya boleh klik di sini. Maknanya, latihan perlu diteruskan untuk persediaan ke Peringkat Negeri. Hanya ada masa lebih kurang 2 bulan++. Untuk ke Peringkat Negeri ni, banyak juga dugaannya. Mereka terpaksa memulakan hafalan dengan teks baru. Dan teks baru ni juga saya hasilkan sedikit demi sedikit. So, agak ambil masa jugalah nak hafal dan fikirkan gaya yang bersesuaian. Barulah gi cari kain untuk buat baju baru. Di Peringkat Daerah diorang pakai baju sekolah je. Nasib baik ada tailor yang sanggup ambil tempahan, yelah masa tu dah bulan puasa. Masa ni, mana-mana tailor pun mesti banyak tempahan yang perlu disiapkan, betul tak?

Then, 4 orang murid Tahun 6 menarik diri untuk memberikan tumpuan kepada UPSR. Jadinya, saya terpaksa mencari murid yang baru lagi. AlhamdulilLah, murid baru yang dipilih dapat memberikan komitmen yang tinggi. Masa ni dah masuk bulan puasa. Latihan tetap diteruskan. Hari Sabtu/ Ahad pun still ada latihan. Memang rasa macam tak cukup masa; cuti hari raya dan ditambah dengan pertindihan pelbagai aktiviti sekolah. Terpaksa adjust sana-sini. Dan dugaan paling besar ialah, kenderaan saya mengalami kemalangan; melanggar babi ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk sesi latihan. Masa tu lagi seminggu nak raya, huhuhu...

AlhamdulilLah, walau banyak betul dugaannya, latihan tetap terus dilaksanakan. Saya perlu kuat. Telah banyak yang saya korbankan. Saya memang nak sangat Wardatunnuha menang. Itu adalah passionate saya. Impian saya. Dan akhirnya Wardatunnuha telah dinobatkan sebagai Naib Johan di Peringkat Negeri. Saya gembira dan bahagia :) Walaupun tak berjaya bergelar Johan, namun pencapaian ini telah membuatkan saya benar-benar bangga. To be honest, saya tak dapat apa-apa pun kalau anak murid saya berjaya, tapi kejayaan mereka itu sahajalah yang amat-amat saya harapkan. Ia adalah hadiah yang sangat bermakna buat diri saya...

Kenangan bersama Wardatunnuha ketika di Peringkat Negeri...

Sedang sibuk bersiap
Tapi bab ni, saya tak ambik portlah ye, serah kat cikgu-cikgu perempuan je :)
"We Are The Star of Today"

Taraaa!!! Comel tak kiteorang? Hehehe...
Peserta adik-beradik...

Latihan terakhir...

Jurulatih yang kuat membebel :) Ada je yang nak ditegurnya, hehehe...

Langkah diatur penuh bersemangat
1, 2, 3 sediaaa...

Senyum jangan tak senyum :)

Erm, lega dah! Tapi, berdebar nak tunggu keputusan pulak...

My Guru Besar and GPK1 yang very supportive
Sanggup turun untuk memberikan sokongan...

2 orang peserta termuda (Tahun 3)
Walaupun kali pertama beraksi, Alhamdulillah mereka mampu buat yang terbaik

Posing sana, posing sini :)

Bersama Guru Besar
TQ atas sokongan yang diberikan...

Di Majlis Perasmian Penutup... Dup dap, dup dap...

AlhamdulilLah, kami berjaya! 

Macam tak percaya je kan? Hehehe...

Yang kecik tapi paling kepoh ni boleh lagi tanya saya 
"Ustaz, boleh ke dapat no.2 ni?"
Mereka tahu impian saya... Ok sangatlahhh!!!
I'm very happy and proud with all of u!
Nahnu mumkin!

Dah jom balik!!!
Tahniah korang semua!

Simple and sweet. Nahnu mumkin - kami boleh!

Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki

12 ulasan

gadisBunga™ berkata...

tahniah ye awak, anak2 murid dan sekolah...!

NzA berkata...

TAHNIAH!!!!pd peserta n espclly pd jurulatih yg kuat membebel tu....hehehe.... jgn cpt putus asa, usha tangga kejayaan.....

CikguAreefNaim berkata...

@gadisBunga™

tq :)

CikguAreefNaim berkata...

@NzA

tq kak... tulah bkn setakat kuat membebel, kuat marah, kuat makan, hahaha...

in sya allah kak... tp tulah, kdg2 mmg rasa putus asa... tp klu cikgunya dh putus asa, kesian kt bdk2 kan, huhuhu...

Yong Zahura berkata...

Wahh... Tahniah!!
Faham perasaan penat lelah yg sgt berbaloi lepas menang...
Cikgu plak touching rasa nak nangis.. Hehe.

CikguAreefNaim berkata...

@Yong Zahura

tq... :)

tulah, kdg2 anak murid tk faham... byk main2 je... hehehe...

Yong Zahura berkata...

Haha..

Budak-budak... Paling kelakar ayat ni la

"Boleh ke dapat no. 2 ni?"

Hehe. Innocent sangat.

aDisH.sHidA berkata...

tahniah...utk team awak..kuat bebel jugak ye ustaz nie hahha...


takziah atas kemalangan tu...

CikguAreefNaim berkata...

@Yong Zahura

tulah, dorang takut kena marah klu tak mng, hehehe...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

tq... tulah, style sy klu time latihan mmg tk bg chance... tk nak bagi lemak... klu mng, bru leh hepi2 :)

iqawangi berkata...

cikgu fauzana still mengajar lagi.... rindu nye nak masuk sekolah skss lagi.. :)

CikguAreefNaim berkata...

@iqawangi

ada lagi... dia guru paling lama di skss... jemputlah dtg, skss dh lain skrg...

Dikuasakan oleh Blogger.