Hilang Rasa Debar Di Hati


Keputusan UPSR Tahun 2012 telah pun diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012 yang lalu. Seminggu setelah sesi persekolahan Tahun 2012 berakhir. Walaupun saya tidak mengajar murid-murid Tahun 6 di dalam subjek UPSR, debaran tetap terasa. Kerana saban tahun, sayalah yang ditugaskan untuk mengetuai majlis bacaan Yaasin dan solat hajat samada secara berkala pada setiap hari Jumaat, sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung, selepas UPSR ataupun pada Majlis Solat Hajat Perdana. Jadi, bebanan tanggungjawab itu tetap ada. Tanggungjawab yang bakal dipersoalkan andai tidak dilaksanakan dengan sebaiknya...

AlhamdulilLah untuk Tahun 2012 ni, keputusan yang diperoleh masih berada pada tahap yang membanggakan. Walaupun terdapat penurunan daripada jumlah murid yang memperoleh keputusan 5A, namun daripada aspek lain AlhamdulilLah telah mencapai tahap yang memuaskan. Untuk Tahun 2012 ni 6 orang memperoleh keputusan 5A, 10 orang memperoleh keputusan 4A1B. GPS 1.79A. Peratus keseluruhan 92.96% dengan matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains lulus 100%, matapelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) lulus 95.8%, matapelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) lulus 97.2% dan matapelajaran Matematik lulus 98.6%. Dari segi kedudukan, Alhamdulillah berada di dalam kedudukan ke-2 bagi keseluruhan Sekolah Rendah di dalam Daerah Kulaijaya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...

Sebagai guru, saya tumpang gembira dan bahagia apabila anak-anak murid berjaya. Harapan agar mereka terus berjaya, di dunia dan di akhirat yang kekal abadi, aamiin...


Ketika di Majlis Perpisahan Murid-Murid Tahun 6
Bertempat di Bistari Cafe, Hotel Prime City, Kluang, Johor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.