Saya Pulak?

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 19 November 2012 yang lalu, akak ipar saya (isteri kepada abang saya yang kedua) telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi lelaki yang ke-3. Hero tu!!! Hehehe... Mungkin akan mengikut jejak langkah seperti emak dan arwah ayah saya yang telah dikurniakan dengan 4 orang anak yang kesemuanya lelaki. Yang menariknya sekarang, abang saya yang sulong telah dikurniakan dengan 3 orang anak perempuan, dan abang saya yang kedua ni pulak telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Saya pulak??? Masih menjadi rahsia di loh mahfuz :) Hehehe...


Nampak je macam besar... Padahal kecik je... Yelah berat pun tak sampai 2.5kg lagi. AlhamdulilLah, telah dilahirkan secara normal di Wad Bersalin, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor.


Hah, ni pulak gelagat 2 orang abang yang kerjanya asyik nak bergaduh. Saya pulak kerjanya asyik nak gelakkan dorang je, bukan nak tolong leraikan pun, hehehe...

2 ulasan

aDisH.sHidA berkata...

cuti2 sekolah nie teringat plak zaman dulu..kalau cuti mesti balik arwah tok wan datang ambik bawak balik umah tok..skrg nie giliran kita plak tunggu anak2 sedara dtg umah tok nya...

CikguAreefNaim berkata...

@aDisH.sHidA

itulah putaran kehidupan... :)

Dikuasakan oleh Blogger.