Ada Apa Di Air Hitam, Kluang, Johor

Setelah selesai urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kluang, Johor, perjalanan diteruskan pula ke Pekan Air Hitam. Pekan Air Hitam ni merupakan destinasi pelancongan yang amat popular di Negeri Johor. Ia merupakan syurga membeli-belah seumpama yang terdapat di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan, Padang Besar di Perlis dan sebagainya lagi. Originality syurga membeli-belah di Pekan Air Hitam ni ialah di kedai-kedai binaan papan yang terdapat di kiri dan kanan jalan untuk menuju ke Machap, Kluang. Dan terdapat kawasan baru yang terdiri daripada gedung-gedung batu yang terdapat di dalam perjalanan untuk menuju ke highway PLUS/ Bandar Kluang.

Macam-macam benda yang boleh di dapati di Pekan Air Hitam ni seperti makanan ringan (kerepek terutamanya), hasil tani, seramik, barang perhiasan rumah, keperluan untuk majlis pertunangan atau perkahwinan dan sebagainya lagi. Tapi, dari segi harga saya tak surelah samada ia benar-benar murah atau sebaliknya...



Antara banyak-banyak benda yang terjual tu, agaknya apalah yang saya beli ye... Jom tengok! Hehehe... (Sila scroll down)
















Taraaa...
Nilah yang saya beli, penggaru badan, hahaha...

1 ulasan

Esempoi berkata...

best jalan2 dan beli belah ayer hitam ni..

Dikuasakan oleh Blogger.