Hidangan Rimba

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer...

Ok, taknak cerita panjang-panjang
Just nak show gambar-gambar kat bawah ni
Bukan gambar apa pun
Just nak share gambar makanan yang saya ngap (hehehe)
Semasa saya menyertai ekspedisi 4x4
Ke Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
Pada 05-06 November 2010 yang lalu
Layan jelah yer...


Hidangan makan tengahari (Day arrived)
Nasi putih berlaukkan ikan cencaru goreng bersambal, taugeh goreng
Ayam goreng berempah, sambal belacan dan yang paling best sekali
Belangkas masak asam pedas
Pernah makan belangkas?
Saya 1st time makan belangkas ni
Sedap gak rasanya


Belangkas ni sebenarnya haiwan beracun
So, kalau nak makan kenalah dibersihkan racunnya terlebih dahulu
Tapi, bagi yang pertama kali nak mencuba masak belangkas ni
Saya nasihatkan tanyalah orang yang berpengalaman
Bagaimana cara-cara untuk membersihkannya
Bukan apa, takut nanti ada yang mati keracunan
Na'udzubilLahi min dzalik...
Tapi, kalau makan yang dah siap masak tu lainlah cerita yer


Hidangan minum petang kami
Maggi berkhasiat berulamkan kacang botol, hehehe...


Dinner time
Nasi putih berlaukkan ayam masak kicap, kobis goreng
Dan pisang tanduk goreng
Tak silap sayalah pisang tanduk
Pisang tu yang masih mengkal lagi
Dipotong nipis-nipis, digaulkan dengan garam sebelum digoreng
Ni pun 1st time saya makan nasi berlaukkan pisang goreng ni
Tak silap saya ada nama untuk pisang goreng ni
Tapi lupalah pulak apa namanya, hehehe...


Nasi goreng for breakfast
Tapi sedih betul tengok nasi goreng ni
Tengok warna je dah boleh agak sedap ke tak kan?
Hehehe...
Sebenanya bahan yang ada cukup terhad
Hanya berbumbukan bawang, cili, kobis dan garam sahaja
Jadilah, daripada kelaparan kan?
Kalau nak tau, sayalah salah seorang chef
Yang menyediakan nasi goreng berlagu sendu ni, hehehe...


Hidangan makan tengahari sebelum bertolak pulang
Nasi putih berlaukkan sardin masak sambal, bawang masak kicap
Dan kobis masak air (kobis lagi, hehehe)

6 ulasan

ibuintan berkata...

alhamdulillah... rezeki pada hari itu, nasib baik juga masih ada makanan kan

apapun tetap menyelerakan juga nampaknya

Unknown berkata...

salam..
kenapa kita tak segeng masa kak pi 1 mei eik>>
kalau tak..awak akan makan hasil tangan kak ayu 2 hari 2 malam...hehehhehe

CikguAreefNaim berkata...

to ibuintan,

alhamdulillah, sbnrny mknn yg sy tunjuk mmg best2 jer, lbh baik drpd tiada makanan kan... ada org yg lbh susah drp kita, tpaksa mkn sisa makanan dan makanan yg tlh basi...

CikguAreefNaim berkata...

to kak ayu,

sbnrny sy mmg tau cikgu dah bbrp kali gi ke selai tu...

tp yg bln nov tu bru berpeluang, tu pun sbb member2 yg ajak, member tu ada storm gak...

akak masak mee bandung ke, hehehe...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC berkata...

wahh..menarik nih. dulu2 suka tgk 4x4 punya siri kat tv..

CikguAreefNaim berkata...

@LiFe Is BeAuTifUl LyRiC mmg seronok tau... tp sy tk penah drive... ni ngikut kawan2 jer...

Dikuasakan oleh Blogger.