Silent Reader Tegar

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat
In sya Allah, amiin...

Dah 2 minggu menyepi daripada sebarang entri
Last entry pada 09 Januari 2011 yang lalu
Then, adalah terselit satu entri tentang teks pengacaraan majlis tu

Biasalah awal-awal tahun ni agak sibuk sedikit
Alasan klise je tu, hehehe...
Macamanalah nak jadi blogger tegar kan?

Tapi, lately saya sememangnya betul-betul sibuk
Bukan sibuk apa pun
Just, hal-hal yang berkaitan kerja dan pengajian saya
Banyak benda yang perlu diselesaikan
Tapi, sampai sekarang tak selesai-selesai lagi
Yelah, keja memang tak pernah habis kan?

Sepanjang 2 minggu saya menyepi ni
Ada yang sudi datang bertandang ke?
Pada yang sudi, terima kasih saya ucapkan

Tapi, sebenarnya
Saya sentiasa ber'blogwalking'
Walau blog sendiri dibiarkan sepi

Kalau rakan-rakan nak tahu
Saya sentiasa mengikuti dan membaca entri-entri baru
Di blog rakan-rakan sekalian

Kehadiran saya ke blog rakan-rakan sekalian
Umpama angin yang menghembus dan berlalu pergi
Cewah, bermadah pujangga lak, hehehe...

Betul tau!
Ada sekali tu saya tinggalkan komen kat entri seorang blogger tu
Blogger tu boleh tanya saya balik
Kenapa dah lama saya tak singgah ke blognya
Padahal setiap entri barunya pasti saya baca

Kalau macam tu
Sebenarnya saya ni lebih layak bergelar silent reader tegar
Berbanding blogger tegar, hehehe...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.