Cuti-Cuti Terengganu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Doa saya moga anda semua
Akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT
Amiin...

Minggu lepas
Jumaat hingga Ahad
10 hingga 12 Disember 2010
Saya telah pergi bercuti ke Kuala Terengganu
Bersama emak dan adik-adik saya

Ok, sebelum saya bercerita lebih lanjut
Jom kita layan video ni dulu!


Dah layan video kat atas ni?
Kalau dah, bolehlah saya teruskan cerita yer

Perjalanan kami ke Kuala Terengganu bermula seawal jam 0600 pagi
Bermula daripada kediaman saya di Bandar Tenggara, Kulai
Melalui Bandar Kota Tinggi, Mersing, Endau, Rompin, Pekan dan Kuantan
Sebelum sampai ke destinasi yang dituju
Kuala Terengganu
Perjalanan mengambil masa selama hampir 10 jam melalui jalan pantai
Rasanya kalau orang lain tak sampai kot 10 jam tu
Hehehe...

Alhamdulillah, selama 3 hari berada di sana
Cuaca cukup baik sekali
Dan percutian ini saya rasakan cukup indah sekali
Kerana saya berpeluang bertemu rakan lama
Yang sudah 5 tahun tidak bersua muka
Dan juga bertemu seorang rakan yang baru seminggu tak jumpa
(Alah rakan baik saya yang dapat berpindah balik ke Terengganu tu)

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih
Kepada rakan saya En. Nordin yang sudi menjadi tourist guide
Dan sudi belanja makan
Juga kepada rakan saya En. Zaki yang sudi belanja minum di 'tempat yang sungguh jauh'
Dan menjemput saya sekeluarga makan tengahari di rumahnya
Kalau diikutkan ramai lagi dalam waiting list untuk bertemu muka ni
Tapi, almaklumlah YAB Dato' melawat kawasan 3 hari jer
Tak sempat nak jumpa semua, hehehe...

Terima kasih juga buat En. Tolahah Muda
Yang telah memberikan cadangan tempat-tempat menarik di Terengganu
Yang boleh dijejaki dan dilawati
Tapi, sayangnya saya tak sempat nak singgah pantai
Mulanya, on the way balik tu cadangnya nak singgah di Pantai Kemasik
Tapi, terlepaslah pulak, huhuhu...

Juga Pn. Yuslinda dan Cik Mustaqimah
Yang berperanan sebagai pelakon tambahan
Dalam drama "Cuti-Cuti Terengganu" ni
Hehehe...


Cukuplah satu gambar buat penyeri entri
Hehehe...

7 ulasan

Unknown berkata...

salam..

cikgu, bestnya melawat ke sana dengan ditemani keluarga tersayang

syukur sangat...disana ada yang sudi membantu...itulah hikmahnya ada kawan...

cikgu singgah ke rumah kawan baik cikgu tak>>>

CikguAreefNaim berkata...

wsalam kak,

ha ah kak, mestilah best... hehehe...

tulah, klu ikutkan ramai lg member nak jupe, tp tk berkesempatan...

mestilah singgah gak, mak die ajak lunch... mulanya sibuk ajak nginap kat rmh die, tp yelah sy bkn sorang takut mnyusahkan lak...

kak, nak maklumat bengkel fotografi kat mersing tu...

Unknown berkata...

add email address Fb kak..
kak app sekarang, ada di blog kak bahagian komen

hentian berkata...

best ye tengok barang-barang antik kat muzium tu. IM berkenan tengok taip writter..

CikguAreefNaim berkata...

to IM,

sebenarny sy masuk muzium ni, pi tgk pameran haiwan berbisa je, hehehe... tk sempat nak explore muzium tu...

taulakan, muzium ni kan yg terbesar di malaysia dan (asia - klu tk silap)...

klu betul2 nak explore, masuk pagi, petang baru kuor...

Tolahah berkata...

Assalamualaikum,
Harap cikgu berpuashati melawat Trg tempohari. Nanti saya akan masukkan entri terkini pasal Pantai Kemasik bila sampai waktunya. Sekarang masih di KL. Tempat tu makin cantik sekarang dan saya sempat ambik sewaktu dalam perjalanan ke KL baru2 ni.

CikguAreefNaim berkata...

W'salam en. tolahah,

mmg puas hati cuma tak puas sbb tak cukup masa, hehehe... in sya allah, maybe lain kali akan kembali bercuti ke sana lagi...


ooo ok, TQVM, sy nak gi Pantai Kemasik tu sbb under suggestions en. tolahah and seorang kwn sy. kwn sy cdgkan utk ke kemasik n rantau abang... tp tk berpeluang lak nak singgah...

takde rezeki...

Dikuasakan oleh Blogger.