Teks Doa Majlis Rasmi - Majlis Penutupan Pekhemahan Tahunan Unit Badan Beruniform
Gambar ini dirakamkan semasa Majlis Penutupan Perkhemahan Tahunan Unit Badan Beruniform SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor pada 23 Oktober 2010 yang lalu.
DOA SEMPENA
DOA SEMPENA
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BADAN BERUNIFORM
SK LKTP SUNGAI SAYONG, KULAI, JOHOR
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم.
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari, mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار. ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Leave a Comment