Kampung Permatang Duku

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Sementara menantikan berkumandangnya azan Maghrib seketika nanti, saya mengambil kesempatan untuk berkongsikan petikan akhbar di bawah ni. Sumbernya adalah daripada Arkib Utusan Online bertarikh 13 Oktober 2010.


Ahmad Maslan bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Permatang Duku
meraikan kemenangan kampung tersebut muncul johan Anugerah Desa Cemerlang 2010, di Kuala Lumpur, semalam.

Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor, diisytiharkan sebagai johan Anugerah Desa Cemerlang 2010 sempena pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar di Stadium Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan Kampung Permatang Duku menggondol wang tunai berjumlah RM225,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama meraikan kemenangan tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Just nak beritahu, Kampung Permatang Duku ni adalah kampung saya aka kampung arwah ayah saya. Jangan jeles, hehehe...

Nak tahu lebih lanjut tentang Kampung Permatang Duku ni, boleh klik di sini.

4 ulasan

IMANSHAH berkata...

tahniah buat semua penduduk kampung

Areef berkata...

cikgu iman,

tq! tp sy tak sumbang apa2 pun, just tumpang glemer jer, hehehe...

tq selalu sudi komen kat entri2 sy...

Unknown berkata...

tahniah buat semua..

sorrylah dulu ada gak geng klik masa masa berblog..masa tak pandai psl blog..jadi ikut ajer geng klik..skrg tak lagi.

memang teruk tul kan pegawai tu..sabar ajerlah..ooo kamu kena settle kan psl keta ek..tak per..insyallah lepas ni rezeki kamu makin bertambah.

maaf..boleh tak tolong edit balik kat bhg sponsor..dah ada sponsor baru dah.terima kasih

Areef berkata...

tq kak ina,

sy tumpang glamer je! hehehe...

ooo sy tk penah dgr geng klik tu... skrg kak ina dah advance kan, keep ur good job kak!

ha ah kak, sbg anak sape lg nak tlg mak ayah kan, lbh2 lg yg dh pergi selamany...

rsny sy dah edit; eyriqazz, beautifulnara, nurazzah n darkbatman... ada lg ke kak?

Dikuasakan oleh Blogger.