Aku.Chapter.Kamu's Contest


Assalamu' alaikum dan salam sejahtera. Dimulakan dengan lafaz yang mulia, BismilLahirRahmanirRahim.

~Aku.Chapter.Kamu's Contest~

Contest ni anjuran blog aKu.cHapTer.KaMu. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah klik pada link yang tertera tu yer...

Tugasan 1 : Gambar ketika sedang makan.


Gaya paling sopan ketika sedang makan aiskrim, hehehe... Jangan lupa di mulakan dengan membaca BismilLah dan di akhiri dengan menyebut AlhamdulilLah.

Ada sesape nak wat calon menantu tak? Menantu paling sopan makan aiskrim, hehehe...

Gambar ni dirakamkan pada 17 Mei 2010, setelah selesai Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Tugasan 2 : Cadangan tempat makan dan menu yang menarik.


Cadangan tempat makan ni bukan di Malaysia, tapi di Pulau Batam, Indonesia. Manalah tau, pihak penganjur mungkin suatu hari nanti akan bercuti ke Pulau Batam, bolehlah cuba makan di sini.

Nama tempat makan ni Saung Sunda Sawargi. Menu di sini berasaskan makanan orang Sunda. Tempatnya memang cantik, aman dan mendamaikan. Kita diberi pilihan untuk makan di dalam restoren ataupun di atas pangkin yang disediakan di luar restoren; yang di kelilingi landskap taman yang cukup cantik.


Yang ni namanya jus alpukat. Campuran buah avokado dan coklat. Rasanya cukup sedap dan menyegarkan. Kalau nak resepi bolehlah klik di sini.


Nilah menu utama. Namanya nasi timbel, bukan tembel, tempe, mahupun tompel, hehehe... Lebih kurang je macam nasi ayam penyet. Yang bezanya, just nasi tu dibungkus dengan daun pisang, dan ada side dishes ikan masin dan jemput-jemput jagung. Yang paling best sudah tentu sambalnya, memang umph! Saya siap minta tambah sambal tu, hehehe... Biasalah orang Johor, memang kuat makan pedas. Bagi saya, nasi timbel ni memang sedap banget sih!


Yang ni menu sampingan je, ikan gurame aka ikan kaloi. Sedap gak, digoreng garing. Nak masak cara lain pun boleh...


Ni pun menu sampingan gak. Lebih kurang macam kerabu ulam-ulaman atau saya biasa sebut urap. Yang ni memang saya suka. Sedap!!!

Lagi gambar di Saung Sunda Sawargi...

Gambar-gambar kat atas ni, dirakamkan pada 29-30 Mei 2010, sewaktu saya dan rakan-rakan bercuti ke Pulau Batam, Indonesia.

Tugasan 3 : Tag orang lain untuk sama-sama menyertai contest ni.

Oleh itu, saya nak tag :


Tugasan 4 : Becoming a follower.

AlhamdulilLah, done!

Harap-harapnya, saya akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah best tau! Nak tau apa dia? Jom tengok kat bawah ni...


Ni dia, external hardisk. Tapi, ni bukan gambar sebenar, hanya gambar contoh sahaja.

Oh external hardisk!
Harap-harap aku akan memilikimu

Engkaulah yang telah membuatku
Tidur tak lena
Makan tak kenyang
Mandi tapi tak basah (Macamana tu? Hehehe)
Membuat aku gila bayang
Mengejar bayang-bayangmu

Udahlah tu
Jangan biarkan aku merepek meraban lagi
Pastikan kau menjadi milikku ya!
Amiin...

Sekian, terima kasih!

4 ulasan

nurul akmar berkata...

salam, waaa, kat indonesia.. tp nmpk menyelerakan tambah2 nasi aym penyet tu mmg fav si Lailie tu.. TQ yek sbb join.. mana tau ada rezeki leh menang.. (=

LaiLiE iZaNi berkata...

yum3x!! ayam penyet...sodap 2....lau menang leh la sponsor ktorg ber2 lak g pulau batam ea...hehehe..xdela guro2 jek...nyway tq sbb join...=p

Areef berkata...

to akmar,

wsalam...

sy pun suka gak makan nasi ayam penyet, tp yg ni dipanggil nasi timbel... kira adik beradik tiri kot, hehehe...

saje sesuka join... jenuh gak nak cari gambar tgh makan tu, sy ni photographer byk simpan gambar org...

tp, dgn sbb join contest ni sy dpt tulis sikit ttg percutian ke batam tu, klu ikutkan sy belum post apa2 entri ttg percutian tu kat blog sy ni...

Areef berkata...

to lailie...

mmg sedap pun, sampai menjilat kaki, erk... hehehe... wah bape ribu rm awak nak bg kat sy klu mng ni... leh sy taja percutian ke batam tu... tak mahal pun, sy ke sana 2 hari satu malam dlm rm200++ jer...

Dikuasakan oleh Blogger.