3 Hari Yang Mendebarkan
Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.
Salam 14 Syawal. Raya belum habis lagi yer, hehehe... Marilah sama2 kita terus memeriahkannya...
21 hingga 23 September 2010; 3 hari yang mendebarkan.
Tarikh keramat bagi semua murid tahun 6, UPSR! Selama 3 hari inilah mereka berjuang di dalam dewan peperiksaan demi menggapai sebuah kecemerlangan dan kejayaan.
Selama 3 hari ini jugalah, tawakal itu dijelmakan setelah berusaha, berusaha dan terus berusaha. Setelah berusaha untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, ketika inilah kita perlu menyerahkan diri bertawakal kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan berdoa kepada Allah SWT. Inilah pesan buat semua murid tahun 6 di sekolah saya, sebelum 'perjuangan' itu dimulakan. Hampir saya menitiskan air mata ketika mengungkapkannya, seperti saya pula yang akan ikut 'berjuang', hehehe...
Setiap pagi saya akan mengetuai bacaan doa sempena menghadapi peperiksaan UPSR ini, diikuti dengan aktiviti solat hajat dan bacaan Yaasin bersama guru-guru, ibu bapa dan murid-murid lain. AlhamdulilLah, sepanjang 3 hari itu, kami dapat melaksanakan solat hajat sebanyak 3 kali dan membaca Yaasin sebanyak 7 kali. Inilah sekadar kemampuan kami.
Moga apa sahaja yang kami doakan akan dimakbulkan oleh Allah SWT, in sya Allah, amiin...
Sedikit tadzkirah tentang tawakal oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Boleh baca di sini.
Leave a Comment