Shopping!

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu.

Ni nak citer sikit aktiviti saya petang tadi. Selepas tamat je sesi persekolahan, saya terus memandu ke Johor Bharu. Destinasinya ialah ke Plaza Angsana di Tampoi. Buat apa ek kat sana? Shoppinglah, hehehehe... Saya ni kuat shopping ke? Takdelah, membeli sekadar keperluan sahaja.

Jom tengok apa yang saya beli...

Tujuan utama saya ke Plaza Angsana ni sebab nak beli buku di Badan Book Stores. Di sinilah kedai buku kegemaran saya. AlhamdulilLah, dapat beli buku Indahnya Hidup Bersyariat sebagai hadiah untuk "Pertandingan Memberi Nama Basikalku" yang telah saya anjurkan sebelum ini. Dan untuk tidak menghampakan peserta-peserta yang tidak berjaya, saya turut membeli buku Doa dan Zikir Harian sebagai hadiah saguhati. Kepada semua yang telah menyertai Pertandingan tersebut, tunggu jelah posmen depan rumah yer, hehehe...

Saya juga turut membeli beberapa majalah untuk bahan bacaan saya sendiri; majalah Mahir (majalah berBahasa Arab), Solusi dan PC edisi Teknik Kreatif Photoshop.

Saya juga mengambil kesempatan untuk membeli hadiah sempena Hari Guru. Yang hadiah cawan tu saya belikan untuk adik saya, untuk dihadiahkan kepada gurunya. Dan hadiah yang sudah siap berbalut tu adalah untuk aktiviti pertukaran hadiah di antara guru. Apa hadiahnya? Biarlah rahsia, hehehe...

Saya juga membeli barang-barang di atas ni; spaghetti, sos spaghetti, hirisan cendawan, dan kacang panggang. Ada kenduri ke? Heheheh... Nilah bahan2 yang diperlukan untuk menyediakan spaghetti beef bologniese dan roti bercicah kacang panggang dan omelette... Sebenarnya esok ada jamuan di sekolah saya sempena Hari Guru. Jamuan ni kiteorang namakannya sebagai jamuan teriak. Kiteorang ni kalau bab makan2 ni memang no. 1, hehehe... Kebiasaannya, menu nilah yang akan saya bawa, sebab diorang memang suka makan spaghetti yang saya masak ni... Ops!!! Hehehe... Mak sayalah yang masak. Walaupun guna ready made jer, tetap menjadi pujaan, hehehe... Tapi yang kacang panggang dan omelette tu saya yang sediakan sendiri, tengok kakilah, hehehe...

2 ulasan

Unknown berkata...

wah meriah sambutan hari guru di sek cikgu ye...:-)


P/s: nak gak la spagheti tu..hehe

Areef berkata...

tahun ni mmg meriah cikgu ina.sambutan dah dimulakan sejak minggu lepas lagi, heheheh...

nak spagheti? jemputla dtg rmh, hehehe...

Dikuasakan oleh Blogger.