Jamuan Teriak

Pada 14 dan 15 Mei yang lalu, kami guru-guru SK LKTP Sungai Sayong telah mengadakan jamuan teriak bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei 2010. Dalam entri sebelum ini, ada saya menceritakan tentang aktiviti futsal (untuk guru-guru wanita sahaja) dan ping-pong, sebagai pre celebration activities untuk Hari Guru 2010 ni. Jamuan teriak ni pun termasuk di dalam pre celebration tu.

Nape jamuan tu dinamakan sebagai jamuan teriak? Tak pernahlak saya mengetahui asal-usulnya, hehehe... Tau makan je! Hehehe... Jamuan teriak ni telah diadakan selama 2 hari berturut-turut. Hari pertama tu ada nasi lemak berlauk, spaghetti beef bologniese, roti cicah kacang panggang dan omelette, pasta, kuih-muih, kek, buah-buahan, dadih, pelbagai jenis minuman dan sebagainya lagi. Then, hari kedua tu ada mee sup, kue tiaw goreng, roti jala, rojak petis, aiskrim dan sebagainya lagi. Dah tak ingat sangat menu2 nyer... Hehehehe... Jom layan gambar2 sekitar jamuan teriak tu...




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.