Ditutup Secara Rasmi!


Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Dengan lafaz yang mulia, BismilLahirRahmanirRahim, saya menutup secara rasmi "Pertandingan Memberi Nama Basikalku" yang telah saya anjurkan mulai jam 1200 tengah malam 10hb Mei 2010 dan tamat pada jam 1200 tengah malam 12hb Mei 2010.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sudi menyertai Pertandingan ini iaitu :

Kak Umi_e (Peserta pertama)








Azemi Ali (Berjaya menyertai pada saat2 akhir)

Salam ukhwah untuk anda semua. Moga selepas ini kita dapat menjalinkan ukhwah filLah yang lebih erat lagi, in sya Allah...

Sepanjang tiga hari Pertandingan ini dijalankan, AlhamdulilLah, saya dapat mengemaskini blog saya ini dengan kadar 1 entri satu hari. Okla tu kan? Heheheh... Inilah matlamat saya menganjurkan Pertandingan ini, agar ianya dapat memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa mengemaskini blog kesayangan saya ini.

In sya Allah, pada jam 0300 petang esok, saya akan umumkan nama pemenang bagi "Pertandingan Memberi Nama Basikalku ini".

4 ulasan

miorjqaf berkata...

Tahniah!

Satu idea yang sangat baik utk membangkitkan semangat menulis. Masalah yg sama juga saya hadapi! :)

Teruskan berjuang..

hans berkata...

teruskan update

CikguAreefNaim berkata...

Ust. Mior,

tulah ust, klu tak dok terbiar jer blog ni... heheheh... syukran ya ust... doa utk ust gak...

CikguAreefNaim berkata...

hans,

tq... sy tak sempat lagi nak explore blog awak.in sya allah, berkesempatan nanti sy akan baca entri2 di blog awak tu...

Dikuasakan oleh Blogger.