Rakaman Video Kawad Kaki SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor

Dimulakan dengan kalimah tarhibiyyah; assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan rakaman video kawad kaki SK Bandar Tenggara 1, yang mana pada pagi tadi penilaian telah dibuat untuk menentukan samada team ini layak atau tidak bagi mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan (Sekolah Rendah), yang in sya Allah akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun 2010 ini di Teluk Danga, Johor Bharu.

AlhamdulilLah, persembahan pagi tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kesilapan tetap ada, biasalah manusia biasa kan, memang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi tetap mantap! AlhamdulilLah! Sebelum ini dua buah team yang mewakili Daerah Kluang dan Segamat telah dinilai, dan pagi tadi adalah giliran terakhir iaitu bagi Daerah Kulai. Untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor, hanya 3 buah team sahaja yang bertanding iaitu daripada Daerah Kluang, Segamat dan Kulai (kira team2 mantaplah ni). Yelah bajet kan dah takde, kenalah pandai2 manage kan?

Kalau nak lihat persembahan team SK Bandar Tenggara 1 ni dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Kompleks Perniagaan Nilai 3, yang mana mereka telah berjaya mendapat tempat kedua kategori putera, bolehlah klik di sini yer.

Dan untuk rakaman padi tadi, silalah tonton video di bawah ini (versi uncut but had compressed). Selamat menonton!


p/s - SK Bandar Tenggara 1 ni bukan sekolah saya, tapi sekolah adik saya. Adik saya terlibat di dalam team kawad kaki ni. And lupa nak bagitau, keputusan untuk menentukan team mana yang layak untuk mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan, akan diketahui esok. Doakan kejayaan mereka yer!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.